Buntu nak beli gelang emas yang mana? Ini viral 30 jenis pilihan yang ada di Malaysia

A
A
A

PASTI rasmi tidak menyangka permintaan terhadap emas meningkat mendadak selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu sehingga ke hari ini.

Selain itu, kebetulan pula tiba musim Raya Haji baru-baru ini, tak kurang dalam kalangan kita terutama kaum Hawa yang cuba mendapatkan perhiasan diri berkenaan.

Maklumlah... masih ramai yang tetap berasa nak berhias diri di hari raya.

Selain itu, selepas PKP kebanyakan kita mahu membeli emas kerana pelaburan dengannya dikatakan lebih berbaloi. Apa pun pilihan di tangan masing-masing.

Jika ada kemampuan apa salahnya untuk mendapatkan logam lazimnya berwarna kuning berkilat yang sangat berharga itu. Yang pasti ramai kaum wanita mengimpikan untuk memperolehnya sebagai barangan perhiasan diri.

Dah nama pun wanita, golongan ini dengan perhiasan diri memang tidak dapat dipisahkan. Dah alang-alang hendak mencari barang kemas seperti gelang, pastilah cari yang kena dengan citarasa masing-masing kan...?

Ada yang teringin mendapatkannya tetapi jika masih buntu tak tahu nak pilih emas yang macam mana bolehlah tengok perkongsian ni. Buat wanita tu, jangan lupa 'tag' pasangan masing-masing ya.

Manalah tahu ada yang nak belanja nanti.

Selamat menjamu mata...

Sumber foto: Myzjewelz

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca