BULAN puasa ini memang agak mencabar bagi kaum ibu terutamanya bagi golongan berkerja.

Mana tidaknya, sampai sahaja di rumah, agak kalut hendak memasak juadah berbuka untuk keluarga.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Lebih parah lagi jika bahan yang ingin dimasak itu lupa dikeluarkan dari peti sejuk beku pada waktu pagi. Aduh!memang bertambah huru-hara.

Mungkin ada yang meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk lembut dan boleh dimasak.

Namun, kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan.

Menurut Public Health Malaysia, daging dan ayam mentah , jika dibiar lama di luar adalah syurga buat kuman dan bakteria berkumpul sekali gus akibatkan keracunan.

Jadi, untuk keselamatan, ini cara yang betul ‘defrost’ daging dan ayam beku;

1. Letakkan daging atau ayam beku di ruangan peti sejuk (bukan beku), ‘chiller’ seharian.

2. Rendamkan dalam air pili yang bersih.

3. Guna fungsi ‘defrost’ ketuhar gelombang mikro.

4. Guna periuk tekanan tinggi.

Bagaimanapun, jangan sesekali bertindak;

  • Letak untuk cari di luar seharian.
  • Rendam dalam air panas.
  • Masak dalam slow cooker.

Baca juga Pengguna rasa teraniaya, rangka ayam goreng bazar Ramadan lengkap perut, hempedal tidak dicuci

Sementara itu, ini 17 tip elak jangkitan penyakit sebaran makanan;

1. Jangan simpan makanan yang di dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk.

2. Jangan simpan makanan yang telah dimasak di dalam peti sejuk lebih dari tiga hari.

3. Elakkan menghidang makanan lebih dari empat jam.

Iklan

4. Jika makan di restoran dan kedai, pastikan pengendali makanan tidak memakai aksesori seperti cincin, gelang dan jam tangan.

5. Pastikan pengendali makanan memakai apron yang bersih dan menggunakan penutup kepala.

6. Semasa membeli air tebu atau air buah buahan lain, pastikan tebu telah dibuang kulit dan tidak diletakkan di atas tanah.

7. Papan pemotong perlu diasingkan untuk makanan yang mentah dan makanan yang telah dimasak.

8. Bahan mentah yang siap dipotong perlu disimpan di dalam belas kedap udara.

9. Bahan mentah yang kering perlu disimpan di dalam bekas kedap udara.

10. Cuci bahan mentah sehingga bersih sebelum digunakan.

Baca juga Pelitup muka ‘non medical’ wajib penandaan MS SIRIM mulai 4 Julai ini

11. Kaedah memilih ikan yang betul adalah, pilih ikan yang bermata jernih, tidak terbenam, insang berwarna merah cerah, isi yang anjal dan pejal.

12. Elak membeli ayam yang telah berbau, berlendir dan berwarna lebam. Pastikan daging ayam masih pejal dan anjal.

13. Amalkan langkah mencuci tangan yang betul sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.

Iklan

14. Dapur yang bersih dapat mengelakkan kehadiran lalat, tikus dan lipas.

15. Makanan yang dibeli awal untuk dimakan kemudian (contohnya untuk hidangan sahur) perlu di simpan di dalam peti sejuk dan di panaskan dengan sempurna sebelum dimakan.

16. Tip mudah untuk mengelakkan keracunan makanan adalah lihat, hidu dan rasa.

17. Perhati dan pilih gerai yang bersih, pengendali makanan yang bersih dan makanan yang tidak terdedah.

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI