SUDAH menjadi kewajipan kita memakai pelitup muka sejak dunia dilanda pandemik yang belum berkesudahan, Covid-19.

Pemakaian pelitup muka adalah prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan penularan wabak yang boleh membawa maut itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram.

Memang tidak dinafikan ia ibarat ‘perisai’ pada masa ini serta mudah didapati kerana lambakan jualan pelitup muka termasuk di pusat pembelian atas talian.

Pun begitu, adakah pembeli tahu pelitup muka yang dibeli itu mematuhi standard keselamatan?

Berkuat kuasa 4 Julai ini, semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan (non medical) perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Baca juga [12 FOTO] Ketengahkan reka bentuk ‘tropical brutalism’, 8 fakta menarik Musalla Al Abrar yang unik

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata ia susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Maklum KPDNHEP, pewartaan tersebut bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan menerusi perintah itu.

Menurut KPDNHEP, penandaan MS SIRIM perlulah;

  • Diletakkan pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna.
  • Penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.

KPDNHEP berkata pewartaan berkenaan berlandaskan prinsip semangat Keluarga Malaysia yang dapat menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

Justeru, kementerian berharap dapat mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia dengan adanya perintah terbabit.

Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan;

1. Mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000.

2. Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Google Doodle sambut hari kelahiran pencipta pelitup muka

Sementara itu, Karangkraf Medicare Sdn Bhd mengambil ada mengeluarkan pelitup muka eksklusif dan perubatan (medical) yang terjamin dari segi kualiti dan cara pembuatannya.

Karangkraf Medicare ialah anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

Keistimewaan pelitup muka Karangkraf Medicare;

1. Penandaan MS SIRIM. Merupakan produk buatan Malaysia ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019.

2. Ujian yang dijalankan di sebuah makmal bertauliah, Eurofins Lab membuktikan bahawa pelitup muka Karangkraf mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus mencapai gred MEDICAL.

3. Pemakai akan berasa selesa, bernafas dengan lebih mudah, tahan cecair dan bertindak sebagai antibakteria.

4. Menariknya, pelitup muka Karangkraf disertakan dengan sampul kebersihan (hygiene case) yang didatangkan bersama Set Karangkraf Plus.

Pelitup muka 'non medical' wajib penandaan MS SIRIM mulai 4 Julai ini

Baca juga Dahulu ikut abah meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN

5. Terdapat enam tema dan desain menarik yang direka khas pada sampul itu. Orang ramai boleh memilih sama ada konsep Floral, Frontliners, Classic, Musical, Geometric dan Tropical.

6. Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di www.karangkrafmall.com. Orang ramai juga boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.

Jom segera dapatkan ya!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI