4 langkah cara pengurusan kontak rapat di rumah, KKM kongsi kaedah yang betul

A
A
A

KES harian Covid-19 baharu di negara ini masih lagi kekal empat angka apabila sebanyak 4,008 kes pula direkodkan hari ini.

Situasi itu pastinya membimbangkan kita semua tambahan pula seluruh negeri kecuali Sarawak kini terpaksa menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi hingga 4 Februari ini.

Tambahan pula kini pelbagai kluster baharu juga muncul termasuk kluster di tempat pejabat.

Sebagai contoh, salah seorang pekerja di pejabat korang, En Osman telah dihubungi oleh Pejabat Kesihatan kerana telah dikenalpasti sebagai kontak rapat kes positif. Beliau telah diminta untuk datang ke klinik kesihatan untuk ujian swab.

Persoalannya, adakah korang dan seluruh rakan sepejabat perlu dikuarantin dan perlu menjalani ujian swab?

Jawapannya Tidak!

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) di laman portal rasmi mereka, selagi, En Osman belum disahkan positif covid-19, korang dan seluruh rakan sepejabat tidak dianggap sebagai kontak kepada kes positif.

4 langkah cara pengurusan kontak rapat di rumah, KKM kongsi kaedah yang betulKalian tidak perlu panik dan beratur di Klinik Kesihatan kerana belum lagi menjadi kontak kepada kes.

Apa yang perlu dilakukan oleh Kontak Kepada Kontak Kes Positif?

  • Terus jaga SOP seperti biasa.
  • Pakai pelitup muka ditempat kerja.
  • Kerap lakukan disinfeksi.
  • Awasi jika ada gejala, baru dapatkan pemeriksaan.

Sementara itu, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Facebook rasmi mereka berkongsikan kepada umum cara pengurusan kontak rapat di rumah.

Apa yang perlu kita lakukan untuk pengurusan kontak rapat di rumah adalah seperti:

  • Kontak rapat perlu dikuarantin selama 10 hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif.
  • Kontak rapat hendaklah melakukan pemantauan kesihatan kendiri dalam tempoh tersebut.
  • Kontak rapat akan dihubungi untuk tujuan penilaian kesihatan dan pemberian Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (mengikut pengaturan PKD masing-masing)
  • Kontak rapat yang bergejala akan diberi keutamaan untuk ujian pengesahan Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca