4 langkah elak babi sesat di Alamanda berulang
GARA-GARA seekor babi hutan yang sesat ke dalam pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, kini video yang sempat dirakam pengunjung semakin tular di laman sosial dan menjadi bahan bualan ramai.
Melalui video yang dirakan, haiwan tersebut dilihat berlegar-legar di dalam sebuah premis menjual pakaian dan peralatan sukan.
Setelah menerima panggilan aduan orang awam, pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menghalau haiwan liar itu keluar menuju ke arah padang ragbi berdekatan pusat beli-belah berkenaan.
Disebabkan oleh kejadian itu, Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menambahbaik sistem pengurusan pembuangan sampah sarap awam bagi mengawal kehadiran babi hutan di pusat kerajaan ini supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.
Memetik laporan akhbar tempatan, Pejabat Komunikasi Korporat PPj memaklumkan, selaku pihak berkuasa tempatan (PBT), PPj mengadakan kerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi meningkatkan pemantauan haiwan liar berkenaan.
Antara langkah yang akan diambil supaya kejadian itu tidak berulang ada dengan :
1.Memasang perangkap.
2.Kenal pasti kawasan yang menjadi tumpuan haiwan liar tersebut.
3.Tingkatkan pemantauan.
4.Pasang papan tanda ‘kawasan lintasan hidupan liar’.
Kejadian itu mungkin berlaku disebabkan di luar sempadan dan sekeliling pusat pentadbiran kerajaan itu masih terdapat belukar belum dibangunkan dan menjadi habitat kepada babi hutan.
Premis menjual pakaian dan peralatan sukan itu juga ditutup sementara untuk proses pembersihan berlandaskan hukum syarak yang dikelolakan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Proses yang dibuat termasuk pelupusan sebarang pakaian atau produk yang tercemar. Pada masa sama, ruang legar dan kawasan lain yang dikenalpasti dicerobohi babi hutan turut dibersihkan serta disanitasi.
Namun, memandangkan kejadian itu berjaya dikawal serta-merta, Alamanda akan terus dibuka dan beroperasi seperti biasa.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang