'Semoga syurga tempatmu anak Andre Mikhail Khairil Izhar' - Amyza Aznan

No Image Caption
A
A
A

PEMERGIAN anak sulung, Andre Mikhail Khairil Izhar malam tadi memberikan kesan yang mendalam kepada pelakon Amyza Aznan.

Dalam hantaran di Instagram, ibu kepada tiga cahaya mata itu sempat menitipkan doa.

"Semoga syurga tempatmu anak Andre Mikhail Khairil Izhar," titip Amyza.

Terdahulu, dalam temu ramah media, Amyza mengakui tidak kuat untuk menghadapi kehilangan anak lelakinya itu.

No Image Caption

"Kali ini saya tak kuat. Saya tak kuat. Dengar tadi, kan? Itulah, itulah aku sebenarnya.

"Kuat apa? Kali ini saya tak kuat. Saya tak tahu bila saya akan kuat.

"Saya terlalu takut kerana dalam hidup saya ini, apa yang saya buat semua anak, anak, anak. Semua anak," kongsinya.

Andre Mikhail Khairil Izhar menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10.15 malam, Isnin akibat kanser paru-paru tahap empat.

Artikel Berkaitan:

Jenazah Allahyarham terdahulu dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada jam 10.30 pagi.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang