APLIKASI e-dagang popular, Shopee kini telah menambah kemudahan untuk pengguna membayar zakat terus melalui aplikasi mudah-alih mereka.

Kemudahan itu sekali gus memudahkan lagi pengurusan perbelanjaan kita dengan menggunakan hanya satu platform dengan pelbagai tujuan.

Melalui Shopee, ia kini membolehkan pengguna membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP dan juga Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak.

Pembayaran kaedah itu kini boleh digunakan melalui dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan dalam talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.

Ciri baharu itu juga membolehkan kita melakukan pembayaran zakat untuk beberapa tujuan seperti zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simmpanan, zakat kwsp, zakat emas, zakat harta dan sebagainya.

Caranya cukup mudah! Pengguna Cuma perlu melakukan empat langkah mudah ini :

1. Buka aplikasi Shopee. Jika tiada boleh muat turun di Google Playstore dan juga Apple Store.
2. Kemudian pilih Deals > Top-ups & Bills.

4 langkah mudah bayar zakat melalui Shopee
3. Seterusnya pilih Zakat pada bahagian Derma & Pembiayaan.

Iklan


4. Akhir sekali korang boleh memilih badan yang ingin dibayar, memilih tujuan zakat dan amaun melaluinya.

4 langkah mudah bayar zakat melalui Shopee

Cukup mudah bukan? Menurut Shopee, pelantikan medium bayaran zakat melalui platform e-dagang Shopee itu seiring dengan perkembangan terkini yang mana masyarakat semakin memilih transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.

Iklan

Shopee juga akan menawarkan 200 syiling Shopee kepada 1,000 pembayar zakat terawal yang akan dipilih setiap hari bermula pada 22 Disember hingga 31 Disember ini.

Jadi, tunggu apa lagi, jom bayar zakat!