SIAPA yang tidak tahu mengenai WhatsApp? Aplikasi ini berada di tangga teratas aplikasi percuma di Google Play Store dan Apple Apps store lebih sedekad yang lalu. Semuanya kerana nilai yang dibawa oleh WhatsApp kepada pelanggannya.

Lantaran mudah digunakan dan ia menjadi latform paling popular untuk pemesejan di seluruh dunia.

Justeru, kebanyakan daripada kita mempunyai aplikasi WhatsApp di telefon bukan? Tetapi adakah kita benar-benar mengguna aplikasi ini sepenuhnya.

Sebenarnya, aplikasi ni mempunyai pelbagai cara untuk digunakan. Bukan sekadar medium untuk menyampaikan pesanan dan berhubung dengan orang lain. Mesti ada diantara kita yang mahu perbualan yang privasi dan enggan dilihat di dalam senarai kenalan.

Kalau korang nak tahu, segalanya boleh dilakukan dengan cara ini. Seperti di WhatAapp, kita boleh membuat penetapan dengan mudah di bahagian setting.

1. Highlight message

4 trik guna WhatsApp, jadikan urusan lebih mudah dan cepat
Ada sesetangan kita menggunakan aplikasi ini untuk menyampaikan pesanan atau melakukan kerja.

Oleh itu, ada beberapa ayat yang harus diberi perhatian dengan font yang berlainan.
Sekiranya mahu mesej dihantar dalam tulisan ‘italics’, tulis tanda ‘_’ di kedua-dua sisi _ teks _.

Jika inginkan mesej dengan huruf tebal? Gunakan tanda kekunci bintang ’*’ pada kedua sisi teks sepeti ini * teks *.

Sekiranya korang ingin tulis digaris atasnya (strikethrough), gunakan tanda twiddle ‘~’ ini pada kedua-dua sisi ~ teks ~.

2. Privasi pesanan suara

Pesanan suara juga opsyen bagi korang yang tidak sempat menaip teks pesanan. Bagi penerima yang tidak mahu ia didengari orang lain boleh meletakkan telefon ke telinga dan WhatsApp akan menukar mod pembesar suara ke pembesar suara dalaman.

Jadi, orang di sekeliling kita tidak akan dengar pesanan suara kita.

3. Privasi status

4 trik guna WhatsApp, jadikan urusan lebih mudah dan cepat

Sekiranya korang tidak mahu keberadaaan kita dalam talian, status, gambar, atau maklumat akaun diketahui pengguna lain, gunakan trik ini.

Korang boleh mengubah tetapan ini menerusi cara berikut bagi telefon pintar jenis android dan iOS.

Iklan

Android: Pergi ke ‘Menu,’ kemudian ke bahagian ‘Tetapan (Setting)’ seterusnya ke bahagian ‘Akaun’ dan ‘Privasi (Privacy).’

iOS: Pergi ke Tetapan dan buka tab Privasi. Kemudian ubah tetapan di sana.

Ubah tetapan sekiranya korang tidak mahu gambar profail, status, blue tick dan lokasi diketahui.

4. Hantar mesej pada ramai orang serentak

4 trik guna WhatsApp, jadikan urusan lebih mudah dan cepat

Adakalanya korang perlu menghantar mesej yang sama kepada ramai orang dalam masa yang singkat atau serentak.

Iklan

Tidak perlu bersusah payah membuat group atau menghantarnya satu persatu.

Hanya pergi ke Menu dan kemudian pilih ‘Siaran baru’ (Broadcast).

Tekan ‘+’ atau masukkan nama penerima. Mesej akan dihantar kepada setiap penerima yang namanya dipilih.

Dengan aplikasi WhatsApp, banyak urusan dapat diselesaikan dengan mudah. Selain itu, ia senang difahami dan boleh menjimatkan masa.

Asalkan korang ‘rajin menggodek’ fungsi WhatsApp ini dan mengubah tetapan sedia ada, privasi juga dapat dilindungi.

Diharapkan selepas perkongsian ini, korang boleh berkomunikasi dengan lebih mudah di WhatsApp dan menyelesaikan pelbagai urusan harian. Selamat mencuba!