4,000 jawatan kosong untuk direbut di Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020!
BERITA baik buat anda yang masih menganggur atau sedang mencari peluang pekerjaan! Kini, lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 85 syarikat yang menyertai Program Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020 yang sedang berlangsung di seluruh negara sehingga Sabtu ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, program sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun itu selari dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua yang terjejas pekerjaan mereka akibat pandemik Covid-19, mendapat pekerjaan baharu.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti dirangka sepanjang program minggu karnival itu, termasuk temu duga terbuka khas untuk semua golongan pencari kerja di negara ini.
“Kementerian berharap usaha murni dengan menyediakan perkhidmatan pekerjaan di Bulan Kebangsaan ini akan dapat membantu golongan pencari kerja memperoleh pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran negara.“Pengunjung juga diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di setiap lokasi karnival berlangsung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang ramai boleh lawati laman Facebook Eis Perkeso atau hubungi 03-8091 5300 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program itu
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang