NAMPAKNYA kemunculan varian baru Covid-19 bertali arus. Satu perkara yang jelas tentangnya ialah ia boleh bermutasi.

Lonjakan kes Covid-19 sedang berlaku di seluruh negara susulan penularan varian Omicron.

Baru-baru ini saintis di Perancis telah menemui satu lagi varian baharu iaitu B.1.640.2 atau dipanggil ‘IHU.’

Menurut kajian, varian itu dikatakan mempunyai 46 mutasi (lebih banyak dari Omicron) dan 37 pemadaman dalam kod genetiknya. Ia sekali gus menjadikan, varian terbaharu ini mempunyai daya tahan yang lebih kuat terhadap vaksin dan sangat mudah berjangkit.

Baca juga: Selepas Omicron, Muncul Pula Florona, Berikut 8 Info Mengenainya

Berikut lima fakta korang perlu tahu mengenai varian ini:

1. Ia diberi gelaran IHU buat sementara waktu kerana ditemui pasukan dari Institut Hospital Universiti Jangkitan Méditerranée (IHU) di Marseilles, Perancis.

2. Menurut Reuters, B.1.640.2 dipercayai telah menjangkiti 12 orang di Perancis.

3. Menurut jurucakap Institut Hospital Universiti Jangkitan Méditerranée, Perancis, varian itu dipercayai berasal dari Cameroon.

4. Kes pertama dikesan pada pertengahan November apabila seorang lelaki Perancis pulang dari Cameroon. Dua hari selepas pulang, dia mula mengalami simptom. Ujian yang dilakukan menemui varian B.1.640.2.

5. Setakat ini, 11 lagi rakyat Perancis telah dijangkiti varian itu.

Sementara itu, Eric Feigl-Ding, ahli epidemiologi terkenal, melalui ciapannya di Twitter bahawa varian muncul sepanjang masa. Jadi lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang varian IHU.

Varian berkenaan juga masih belum ditemui di negara-negara lain dan hanya dilabelkan sebagai varian di bawah siasatan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO).

Covid-19 telah mencatat 298 juta kes dan mengakibatkan lebih 5 juta kematian di seluruh dunia.

Amerika Syarikat mencatat kes paling tinggi iaitu sebanyak 58,805,186 kes. Ia diikuti India sebanyak 35,109,286 kes dan Brazil di mana jumlah jangkitan mencecah 22,351,104 kes.

Baca juga: MySJ Trace Ganti Fungsi Check-Out, Ini Cara Kemas Kini Di Aplikasi MySejahtera

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Forbes, Tribune India, Worldometer

Artikel Menarik