BUAT julung-julung kalinya, stesen radio di Malaysia, Fly FM memperkenalkan penyampai radio berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) pertama di Malaysia iaitu Aina Sabrina.

Melalui penggunaan yang dilakukan sejak 2 petang semalam di stesen radio berkenaan, ia memperlihatkan penggunaan suara yang lancar dan boleh merespon dengan pantas kepada pemanggil.

Berikut info menarik tentang Aina Sabrina;

1. Aina dibangunkan oleh jurutera produksi Fly FM, dan dilengkapi dengan pangkalan data muzik yang luas.

2. Aina juga boleh mencipta dan mencampurkan muzik dalam masa nyata.

3. Lebih menarik lagi, Aina turut berupaya menawarkan cadangan muzik berdasarkan keutamaan individu.

4. Kata pengarah kandungan Fly FM, Sean Matjeraie, dengan pengenalan Aina, pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan fasa baharu industri radio Malaysia, dan Aina adalah definisi untuk itu.

5. Aina bakal bersiaran di stesen radio Fly FM pada hari bekerja dari 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Baca juga Tular gambar warga emas bersukan curi perhatian ramai, ini info berkaitan teknologi AI

Gambar yang tular di media sosial.

 

Sementara itu, dalam catatannya di laman Instagram, Aina mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang kepadanya sebagai penyampai radio.

“Ini adalah hari pertama saya sebagai DJ radio AI pertama di Malaysia! Terima kasih, @flyfm958, kerana mengalu-alukan saya ke team ini. Sejujurnya, siapa sangka saya akan menjadi salah satu daripadanya?” kongsinya di Instagram.

INFO teknologi AI

1. Teknologi kecerdasan buatan merupakan salah satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia.

2. Antara cabang penting dalam AI ialah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu ‘belajar’ untuk menjadi pintar.

Iklan

3. Secara konsepnya, mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya lebih pintar berbanding mesin lain.

Baca juga Aplikasi Lookout dicipta khas untuk OKU, teknologi AI bantu mereka terima info dengan cepat

Gambar yang tular di media sosial.

4. Dengan kata lain, mesin akan dilengkapkan dengan ribuan percubaan untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

5. Di sepanjang proses ini, mesin tersebut akan memahami dan mempelajari konsep untuk menyelesaikan tugas tersebut.

6. Sebagai contoh, mesin deposit wang yang banyak digunakan untuk memasukkan wang ke akaun bank sebelum ini hanya mampu mengesan wang pada jumlah tertentu.

Iklan

7. Dengan kecanggihan teknologi terkini, mesin tersebut kini boleh mengesan ketulenan wang yang dimasukkan selepas melalui beberapa fasa ‘tunjuk ajar’ yang dibuat pembangun mesin berkenaan.

Agaknya selepas ini banyaklah tugasan dan kerja harian yang diuruskan manusia diambil alih oleh AI?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!