DAUN limau purut sering menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa untuk hidangan seperti tomyam, asam pedas dan laksa.

Daun limau purut tidak ubah seperti limau biasa kecuali daunnya beranak manakala buahnya bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit.

Selain baunya yang menyegarkan, daun limau purut juga kaya dengan pelbagai khasiat.

1. Membuang toksin dalam badan

Di antara tanda badan anda bertoksin ialah kepenatan yang melampau, mudah berasa penat, mengantuk walaupun baru bangun dari pada tidur, sakit badan, tidak berasa segar, dan kelesuan. Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, anda patut cuba mandi air daun limau purut untuk detox.

Cara menyediakannya:

– Ambil 10 helai daun limau purut (hiris halus)
– Ambil 5 biji buah limau purut (potong 4)
– Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
– Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya
– Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
– Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepada & rambut
– Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

2. Pewangi kereta dan bilik

Kesegaran bau dalam kereta dan bilik amatlah penting bagi keselesaan kita semua. Ramai yang memilih untuk menggunakan pewangi yang dibeli dari kedai untuk diletakkan dalam kereta atau bilik.

Namun tahukah anda bahawa pewangi yang dibeli mengandungi bahan kimia dan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan, terutamanya pada anak kecil.

Sebagai alternatif, anda boleh buat sendiri pewangi untuk bilik dan kereta anda. Ianya bukan sahaja berbau harum malah dijamin selamat tanpa sebarang bahan merbahaya.

Caranya:

– Ambil 10 helai daun limau purut
– Ambil 2 helai daun pandan
– Beli sedikit kelopak mawar dari penjual bunga
– Hiris halus daun limau purut, daun pandan, dan kelopak mawar tadi.
– Masukkan kedalam bekas untuk menjadi pewangi bilik atau kereta

3. Menyegarkan udara

Jika anda duduk dalam tempat yang tertutup dan berhawa sejuk seperti bilik, anda boleh gunakan daun limau purut untuk menyegarkan udara.

Caranya:

– Hiris daun limau nipis dan masukkan ke dalam bekas.
– Letakkan dia atas meja.
Haruman dari daun limau purut akan mengharumkan bilik anda dan dapat memberikan kesegaran.

Iklan

4. Menghilangkan bau badan

Selain membuang toksin daripada badan, air mandian daun limau purut dan sedikit perahan limau purut juga membantu menghilangkan bau badan.

Cara menyediakannya:

– Ambil 10 helai daun limau purut (hiris halus)
– Ambil 5 biji buah limau purut (potong 4)
– Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.
– Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
– Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.
– Gosokkan daun limau purut dan buah limau purut ke seluruh badan. Bau wangi dari daun dan buah akan melekat pada badan anda.

5. Menghilangkan kelemumur

Iklan

Jika anda mengalami masalah kelemumur, apa kata kalau anda cuba kaedah menggunakan daun limau purut.

Caranya:

– Ambil 10 helai daun limau purut.
– Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.
– Atau jika rajin, anda boleh tumbuk & kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
– Selepas cuci rambut, ambil pes tadi & letakkan di kepala
– Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut
– Urut supaya pes tadi meresap
– Biarkan seketika
– Bilas sehingga bersih

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

Penulis: NURUL ADRIANA
Foto: TANNY.IO