5 khasiat peria katak

peria katak
peria katak
A
A
A

RASA peria yang pahit pasti membuatkan ramai tidak suka untuk memakannya. Namun sedarkah anda sayur periamempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan kita.

Ini 5 khasiat peria katak.

1. Mengawal tahap gula dalam darah

Peria katak merupakan salah satu terapi dan mampu mengawal tahap gula dalam darah bagi pesakit diabetes melitus jenis dua.

Ini kerana peria katak mengandungi polipeptida-P, charatin, saponin steroid dan alkaloid.

Charatin bagus berfungsi untuk sel-sel hati dalam mengawal tahap gula dalam darah.

2. Menguatkan imunisasi badan

Peria katak ini kaya dengan anti oksida yang mampu membentuk sistem pertahanan badan yang kuat. Jadi ia dapat membantu anda sembuh dengan cepat sekiranya sakit.

Di samping, peria katak ini juga mengandungi vitamin C yang mampu menghalang radikal bebas berbahaya daripada menyerang tubuh dan menyebabkan penyakit.

3. Menyihatkan kulit

Peria ini juga mampu mencantikkan kulit. Kandungan anti bakteria dan anti fungi di dalam peria ini mampu melawan pelbagai penyakit kulit seperti kudis.

Namun, anda juga boleh gunakan krim berasaskan peria dalam merawat kaki yang bengkak dan kemerahan.

4. Mengurangkan risiko asma

Peria memiliki ciri-ciri anti virus, anti histamin, dan anti radang yang amat membantu dalam memberi pernafasan yang baik.

Jadi kepada anda yang mengalami asma atau masalah berkaitan dengan pernafasan boleh mengamalkan makan peria ini.

5. Menyihatkan tulang

Peria mengandungi vitamin K di mana vitamin K ini amat berguna dalam membantu pengagihan kalsium ke seluruh badan.

Bagi anda yang mengalami penyakit osteoporosis amat digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin K. kekurangan vitamin K boleh menyebabkan keretakkan tulang, mudah mengalami lebam pada tubuh, kerosakkan sistem pembekuan darah dan mengalami haid yang berlebihan.

Ini antara khasiatt peria katak. Meskipun rasanya pahit namun banyak khasiat yang boleh kita peroleh daripadanya.

Penulis: Suhaila Ali

Foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca