VAKSIN Covid-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia manakala warga asing akan dikenakan caj yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, masyarakat juga hari ini dilihat bimbang untuk menerima vaksin tersebut kerana mendakwa kebiasaannya penghasilan sesuatu vaksin mengambil masa dan melalui proses yang panjang.

Ada juga pihak yang bimbang jika vaksin Covid-19 itu dihasilkan secara terburu-buru oleh syarikat farmaseutikal berkenaan ia bakal mendapat kesan-kesan sampingan atau lebih buruk lagi mampu menyebabkan kematian.

KKM juga mengambil langkah dengan mewujudkan pautan baharu dan menjemput orang ramai untuk mengisi borang tinjauan berkenaan penerimaan terhadap vaksin Covid-19. Borang tinjauan itu juga dikatakan penting untuk mengetahui jumlah peratusan orang ramai yang menerima dan menolak suntikan vaksin Covid-19.

Sebagai langkah untuk meyakinkan rakyat, beberapa pemimpin dunia tampil untuk menjadi orang yang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 antaranya adalah :

1. Mike Pence

5 Pemimpin dunia sedia dan ada yang telah disuntik vaksin Covid-19

Naib Presiden Amarika Syarikat (AS), Mike Pence menjadi antara pemimpin kanan AS terawal mendapat vaksin Covid-19 pada 18 Disember lepas.

Suntikan vaksin terhadap Pence itu dilihat penting untuk menggalakkan rakyat AS yang skeptikal dengan vaksin Covid-19 bagi mendapat suntikan dan membendung penularan wabak itu yang sehingga kini meragut 1.66 juta nyawa serta menjangkiti lebih 74 juta orang di seluruh dunia.

Pemimpin AS yang turut mendapat suntikan vaksin adalah Speaker Dewan Senat merangkap pemimpin tertinggi Demokrat di Kongres AS, Nancy Pelosi dan Pemimpin Anggota Senat Republikan, Mitch McConnell.

2. Tan Sri Muhyidin Yassin

5 Pemimpin dunia sedia dan ada yang telah disuntik vaksin Covid-19

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.

Jelas Perdana Menteri, ia langkah untuk meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh adalah selamat dan berkesan.

3. Alberto Fernandez

5 Pemimpin dunia sedia dan ada yang telah disuntik vaksin Covid-19

Presiden Argentina Alberto Fernandez bersedia menjadi individu pertama mendapat vaksin Covid-19. Vaksin pilihannya adalah Sputnik V dari Rusia.

Iklan

Berdasarkan laporan terkini, vaksin Sputnik V memiliki peratusan keberkesanan sehingga 91.4 peratus setelah ia diuji.

4. Lee Hsien Loong

5 Pemimpin dunia sedia dan ada yang telah disuntik vaksin Covid-19

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan pihak berkuasa Singapura meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi membendung pandemik Covid-19.

Beliau dan barisan Kabinetnya juga antara penerima awal vaksin di negara itu bagi meyakinkan rakyat vaksin tersebut adalah selamat.

Iklan

5. Joko Widodo (Jokowi)

5 Pemimpin dunia sedia dan ada yang telah disuntik vaksin Covid-19

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) individu pertama bakal dapatkan suntikan vaksin Covid-19 seperti apa yang diumumkan kepada umum pada 16 Disember lalu.

Ini untuk memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada masyarakat bahwa vaksin yang digunakan selamat.

Di negara lain, pemimpin dunia seperti Presiden Russia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri UEA Sheikh Mohammad juga berjanji untuk mendapatkan suntikan itu bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap vaksin berkenaan. – AFP