DITINGGALKAN kekasih memang amat menyedihkan. Apatah lagi jika kita dah terbiasa menjalani hari-hari dengannya. Jadi bila kehilangan, pasti amat terkesan.

Jika korang melalui situasi tersebut ketahuilah bahawa adalah menjadi kebiasaan jika korang merasa sedih, sakit hati, kecewa, marah malahan ada  juga yang buntu dan putus harapan.

Namun, jika patah hati jangan dibiarkan ia terus berlarut, lama-kelamaan fikiran dan kehidupan harian juga akan turut terganggu. Korang kena hadapinya dengan bijak.

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa cara yang mungkin boleh diguna pakai bagi mengatasi rasa sedih tersebut akibat ditinggal kekasih.

1. Tenangkan diri

Walaupun situasi ditinggalkan itu mampu buat korang rasa kecewa dan sedih. Akan tetapi, jangan terus mendesak atau memaksa pasangan korang kerana hal tersebut akan memperburuk hubungan dengannya. Bagi ruang dan masa untuk masing-masing tenang.

Selain itu, korang juga akan terus diliputi oleh emosi yang negatif. Jadi, tenangkan diri dan beristirahatlah sejenak agar dapat fokus pada pemulihan diri sendiri.

2. Cuba benda baru

Jika sebelum ini korang tidak pernah mencuba suatu hal yang baru di luar kebiasaan seperti bermain permainan komputer, hiking, melepak, memasak shopping atau bermacam-macam aktiviti lain yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian, maka ini adalah saatnya untuk mencuba.

Tak salah mencuba. Mencari pengalaman baru dapat menjadi langkah yang produktif untuk memulihkan diri dan membuat seseorang itu merasa lebih bahagia.

Namun, pastikan itu merupakan hal yang positif sehingga potensi dalam diri yang korang sendiri tidak pernah tahu mungkin juga akan menonjol. Mana tahu tiba-tiba korang rajin memasak dan korang sebenarnya ada bakat memasak yang terpendam. Tak mustahil bukan?

Korang juga dapat mencuba berkenalan dengan orang-orang baru. Tak salah. Dah single kan. Move on jer lah!

3. Bersukan

Perpisahan pastinya mampu menimbulkan kesedihan yang sukar dikendalikan hingga menyebabkan stres. Untuk mengelakkan perasaan tersebut, cubalah untuk lalukan beberapa aktiviti sukan.

Kajian juga menunjukkan bahawa latihan fizikal dapat membantu mengatasi masalah kemurungan, masalah tidur dan hilang fokus.

Iklan

Ini menjadi salah satu langkah yang baik untuk pemulihan diri karana dengan bersukan korang dapat menyehatkan tubuh badan supaya fikiran juga mampu berfikir dengan lebih cerdas.

4. Sentiasa tersenyum

Merasa sedih merupakan respons utama yang dialami terhadap perpisahan dan perasaan itu lama kelamaan juga akan hilang.

Namun, jika ingin meningkatkan kebahagiaan, cubalah untuk sentiasa tersenyum. Dengan senyuman secara psikologi mampu menampakkan anda sedang gembira, ceria dan kelihatan lebih muda.

Iklan

Hal tersebut tentu dapat meningkatkan suasana positif dan secara tak langsung hati pun sejuk dan berasa tenang jer.

5. Buat perkara yang menggembirakan

Setelah ditinggal pasangan, korang mungkin lebih banyak memiliki waktu luang daripada sebelumnya.
Cuba gunakan waktu tersebut untuk melakukan hal yang korang suka seperti membaca buku, berkebun, makan, menonton filem atau berlibur.

Ini dapat membantu mengatasi kekusutan yang korang rasakan dan akan rasa lebih tenang dan gembira.

Bila dah gembira tu tunggu apa lagi. Move on dan jalani kehidupan seperti biasa. Cari lain je! Haha!