5 persiapan awal sebelum lakukan ujian kendiri guna air liur. Barulah kualiti sampel terjamin

A
A
A

DENGAN puluhan ribu kes Covid-19 yang dicatatkan pada setiap hari, sudah pasti tahap penggunaan kit ujian pantas (RTK) antigen menjadi 'barang paling dikehendaki' dalam kalangan kita tidak mengira usia.

Justeru, melihat situasi itu, Public Health Malaysia (PHM) baru-baru ini tampil berkongsi informasi penting sebelum anda melakukan ujian kendiri di rumah.

"Saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah.

"Namun, ia bergantung kepada kualiti sampel dan teknik yang digunakan," beritahu mereka.

Berikut perincian persiapan untuk ujian air liur (saliva) bermula satu jam sebelum ujian dilakukan seperti yang dinyatakan PHM:

i) Jangan makan dan minum.

ii) Elak memberus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut (air garam).

iii) Jangan kunyah gula-gula getah.

iv) Tidak merokok atau vape.

v) Segera kumur dengan air kosong untuk mengeluarkan sisa makanan dan minuman seperti air kopi.

Selain itu, PHM turut menyenaraikan beberapa situasi yang paling kerap sampel air liur ditolak oleh makmal:

1. Air liur bercampur dengan bahan asing lain.

2. Air liur terlalu sedikit (di bawah 1 mililiter).

3. Perubahan warna akibat sisa minuman atau makanan (sepatutnya jernih).

4. Terdapat gumpalan makanan, lendir atau sisa-sisa lain.

5. Air liur berbuih-buih.

6. Terdapat sisa ubat gigi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 

Difahamkan, bermula 5 September lalu, kerajaan menerusi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, telah mengumumkan penetapan harga siling borong (RM16.00) dan runcit (RM19.90) bagi kit ujian kendiri Covid-19 tersebut.

Inisiatif itu sangat disambut baik oleh masyarakat terutamanya bagi golongan B40 yang kehilangan sumber pendapatan kerana harga alat penguji tersebut jauh lebih murah berbanding sebelum ini.

Oleh itu, nasihat SinarPlus kepada semua, sebelum melakukan ujian kendiri dengan menggunakan air liur di rumah, sebaik-baiknya patuhi persiapan-persiapan terbabit.

Ingat, satu jam sebelum diuji tau bukan 10 minit!

Jadi, orang ramai yang ingin membeli kit ujian kendiri Covid-19 juga diingatkan agar membuat semakan terlebih dahulu melalui pautan link berikut:

https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/08/senarai-kit-ujian-covid-19-kendiri-yg-diluluskan-24082021

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua pembaca.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca