5 tanda anak-anak punyai pemikiran tanpa batasan. Jangan marah jika senduk, periuk jadi bahan experimentasi mereka
SETIAP ibu bapa sangat mengimpikan anak-anak membesar dengan sihat dan diikuti dengan perkembangan yang selari dengan umur mereka.
Antara salah satu kayu ukur kepada pertumbuhan tersebut adalah berkait rapat dengan growth mindset ataupun gaya pemikiran tanpa batasan iaiu sifat ingin sentiasa belajar dan cepat berkembang.
Mengulas lebih lanjut lagi, SinarPlus ingin berkongsi hujahan daripada seorang influencer keibubapaan, Mohd Fhais Salim.
Tulisnya di lama Facebook, terdapat beberapa tanda-tanda yang menunjukkan gaya pemikiran tanpa batasan anak-anak. Antaranya:
i) Suka bertanya
"Setiap benda kalau boleh mereka hendak tahu. Contohnya, seperti kenapa awan biru dan rumput hijau. Bahkan mengenai cara adik keluar daripada perut mama itu juga ditanya," terangnya.
Sebenarnya, anak yang ada growth mindset memang tinggi nafsu belajarnya, kata Mohd Fhais.
"Jadi, jangan malas menjawab soalannya, bimbang terbantut proses pembelajaran mereka nanti," pesannya.
ii) Sukar berasa takut
"Walaupun ibu bapa berulang kali memberitahu tindakan itu bahaya, mereka akan tetap lakukannya juga.
"Situasi itu berlaku bukan kerana mereka tidak tahu perkara berkenaan bahaya, tetapi anak-anak belum merasai pengalaman itu lagi," tambahnya.
iii) Suka bereksperimen
Lazimnya, anak-anak yang mempunyai growth mindset tidak boleh melihat sesuatu yang pelik atau baharu.
"Hasilnya, mesti 'dibedahnya' untuk memerhati apa isi dalamnya. Selalunya, alat mainan sendirilah yang menjadi mangsa," katanya.
iv) Tidak boleh sabar
Bukan itu sahaja, anak-anak yang berada dalam fasa tersebut juga boleh dikatakan mempunyai kesabaran yang rendah.
"Contohnya, apabila mereka bertanya soalan, pastinya jawapan segera ditagih. Selagi tidak dapat selagi itu akan ulang bertanya.
"Lagi satu, kalau ibu bapa beritahu awal dengan anak-anak hendak pergi bercuti. Setiap hari mereka akan bertanya 'bila nak pergi?'," ungkapnya.
iv) Bijak dan kreatif
Bercerita mengenai hal itu, pastinya mereka akan mula meneroka semua benda di dalam rumah.
"Pada waktu itu, periuk, senduk dan tudung saji jadi bahan experimentasi mereka.
"Ingat, anak-anak begini senang hendak bermain, apa sahaja yang ada di sekelilingnya boleh jadi mainan. Imaginasi tanpa batasan betul," ujarnya.
Meskipun proses berkenaan memperlihatkan keletah anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersyukur.
"Alhamdulillah, itulah tanda anak sihat secara fizikalnya dan paling utama sangat cerdas mindanya," kata beliau.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang