KEBIASAANNYA, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Baru sekali dua guna untuk menggoreng warna minyak sudah berubah. Tak boleh nak guna lagi, jawabnya terpaksalah buang.

Kan rugi! Jika minyak yang telah digunakan berwarna hitam ia bukan hanya merubah aroma minyak tetapi paling bahaya boleh mengundang penyakit walaupun baru sekali atau dua menggunakannya.

Anda tak perlu risau, ini tip yang boleh anda praktikkan untuk mengatasi minyak goreng daripada cepat bertukar warna hitam.

1. Api tidak terlalu panas

Api yang terlalu panas boleh menjadikan minyak cepat panas dan bertukar warna coklat, jika digunakan lebih daripada sekali bertukar menjadi hitam. Makanan juga menjadi terlalu berminyak dan garing di luar tetapi masih mentah di dalam. Suhu yang sesuai untuk menggoreng secara deep-fry adalah 180 celsius.

2. Selepas guna tapis minyak

Selepas angkat makanan yang digoreng, pastikan sisa tepung atau makanan terlerai dalam minyak dibuang atau diasingkan. Kerana sisa ini boleh menyebabkan minyak cepat menjadi hitam. Tapis minyak yang telah digunakan untuk menggoreng supaya tidak ada sisa goreng dalam minyak yang anda simpan.

3. Simpan minyak dengan cara yang betul

Iklan

Walaupun tidak digunakan, minyak masak juga boleh berubah menjadi hitam jika tidak disimpan dengan baik. Oleh itu, elakkan simpan minyak yang terdedah kepada cahaya matahari atau dekat dengan sumber panas. Dua perkara ini boleh menyebabkan minyak menjadi hitam.

4. Asingkan minyak

Jika mahu simpan minyak yang telah digunakan, jangan campurkan dengan bekas simpanan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng makanan lain. Ia untuk mengelakkan pertindihan rasa. Contoh minyak yang telah digunakan menggoreng ikan tidak boleh dicampurkan dengan minyak menggoreng cucur.

Iklan

5. Elak guna minyak berulang

Penggunaan minyak tidak boleh lebih daripada tiga kali. Ada beberapa cara untuk pastikan minyak yang disimpan tidak boleh digunakan lagi. Jika minyak yang disimpan berbau tengik dan berbuih itu tandanya, tidak boleh lagi digunakan.

Cara pembuangan minyak masak juga amatlah penting, tidak boleh buang begitu sahaja. Sebelum buang, pastikan minyak masak yang telah diguna berulang kali disejukkan sebelum dibuang.

Selain itu, minyak masak yang akan dibuang hendaklah dikumpul dalam bekas yang tertutup bagi pembuangan melalui sistem sampah atau sistem pengutipan minyak masak.

Yang terakhir, elakkan pembuangan minyak masak ke dalam sinki dan longkang kerana ia akan menjejaskan sistem paip, longkang dan sistem pengaliran air.

Semoga memberi manfaat kepada anda semua.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: CANVA