5 tragedi kemalangan terburuk menggemparkan negara, fakta nombor 2 memang mengerikan
TRAGEDI kemalangan yang dilaporkan media tempatan memang dekat dalam hati pembaca.
Apatah lagi kisah mangsa lebih-lebih lagi membabitkan ibu bapa yang meninggal dan anak terpaksa hidup sebatang kara.
Tragedi akibat tertidur beberapa saat atau microsleep juga menyentap hati. Begitu juga kenderaan yang rosak di tengah jalan.
Berikut SinarPlus kongsikan fakta berkaitan musibah yang menyayat hati dan masih berbekas dalam fikiran rakyat Malaysia:
1. Lima rentung di Terowong Menora
- Kemalangan yang berlaku di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada itu benar-benar menggemparkan negara.
- Bukan satu tetapi lima mangsa rentung selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar.
- Insiden yang membabitkan sebuah kereta dan treler berlaku pada 12 Mei 2022, jam 12.52 malam sekali gus menyebabkan kesesakan teruk berlaku.
2. 27 maut bas kemalangan
- Jika masih ingat pada kejadian yang berlaku pada 21 Disember 2010, kemalangan bas yang terbabas sebelum menggelongsor ke longkang tepi jalan mengorbankan 27 nyawa.
- Insiden tersebut berlaku di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang.
- Pemandu bas dan 22 penumpang dilaporkan maut di tempat kejadian, manakala lima lagi meninggal dunia di hospital.
3. Kereta terputus dua
- Bukan sahaja kereta terputus dua, orang ramai dikejutkan dengan letupan mercun yang berlaku di Simpang Empat, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan.
- Tarikh 21 Mei 2021 menjadi ingatan kerana insiden itu melibatkan lima kenderaan yang terbakar.
- Paling ngeri, mangsa mengalami kecederaan parah dan putus beberapa anggota badan. Aduh!
Baca juga Terowong Menora: 10 kes kemalangan ngeri yang berlaku di laluan ‘panas’ ini
4. Bayi terkeluar dari rahim ibu
- Antara kisah paling menyedihkan apabila melibatkan seorang ibu yang sarat mengandung di Kampung Banggol Stol Repek, Pasir Mas, Kelantan pada 19 Februari 2022.
- Kes membabitkan dua motosikal tersebut menjadi liputan hangat apabila bayi yang dikandung terkeluar dari rahim ibunya. Malangnya, si kecil tersebut dilaporkan meninggal dunia di hospital.
5. Budak sekolah digilis lori
- Jika kes kemalangan membabitkan mangsa, seorang budak sekolah memang hati sesiapa saja tersentuh.
- Apatah lagi ia berlaku pada bulan puasa dan mangsa dalam perjalanan balik sekolah.
- Insiden itu berlaku dilaporkan berlaku di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Klang, Selangor pada 22 Mac lalu.
- Mangsa berusia sembilan tahun meninggal dunia manakala adiknya, 7, turut cedera.
Kalau diikutkan, banyak lagi kes kemalangan viral yang menjadi feed di media sosial.
Moga kita mengambil iktibar dalam semua kejadian yang dilaporkan dan paling penting, utamakan keselamatan ketika memandu.
Jika mengantuk, better rehat dulu di perhentian yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan.
Buat ibu bapa yang plan nak ambil anak-anak yang bercuti di kampung pada cuti hujung minggu, pun kena hati-hati.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang