Tragis! Balik sekolah kanak-kanak perempuan maut digilis treler, naik motor dengan pengasuh, kronologinya menyayat hati

A
A
A

Tragis! Balik sekolah kanak-kanak perempuan maut digilis treler, naik motor dengan pengasuh, kronologinya menyayat hati

PILUNYA membayangkan situasi kehilangan keluarga kanak-kanak ini. Baharu hari kedua sesi persekolahan 2023/2024, kanak-kanak perempuan di Klang, Selangor kehilangan nyawa selepas diremuh dan digilis treler manakala adik lelakinya selamat.

Tragedi minggu pertama persekolahan itu mengundang sebak warganet yang rata-rata pilu dan sedih.

- "ALLAHU, apa perasaan ibu bapa anak-anak. Kasihan pengasuh juga."

- "Sedih betul tengok adik ni, syurga tempatmu wahai anak."

- "Port Klang memag kawasan seram. Kalau pergi balik kerja tu mengucap je. Lori macam masuk litar lumba. Salam takziah pada keluarga adik ni."

- "Sayunya, sehari sebelum Ramadan. Moga keluarga tabah mengahadapi ujian dan dipermudahkan segala urusan."

Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta

Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:

1-Kejadian yang berlaku di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang itu berlaku selepas dua beradik itu dijemput pengasuh dari sekolah.

2-Kedua-dua mereka menaiki motosikal bersama pengasuh berusia 54 tahun sebe

3-Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.

4-Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan tersebut maut di lokasi kejadian.

5-Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi, salam takziah SinarPlus ucapkan buat keluarga mangsa.

Baca juga: Warganet pilu, 5 anak termasuk bayi kembar hilang ibu sekelip mata, kereta dipandu bapa rempuh treler

Baca juga: Anak meninggal ketika masih kecil, ibu ayah reda dan bersabarlah. Anak syurga akan beri syafaat masuk ke jannah

7 INFO TITIK BUTA KENDERAAN BERAT

  • Titik buta atau blind spot merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu.
  • Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
  • Setiap kenderaan mempunyai kawasan titik buta tersendiri yang mana pemandunya tidak dapat melihat kenderaan lain yang mengekori terlalu rapat ataupun sedang memotong.
  • Ini disebabkan oleh reka bentuk kenderaan tersebut dan penglihatan pemandu yang terbatas.
  • Titik buta bagi kenderaan berat seperti lori, bas, dan juga treler adalah sangat besar.
  • Pemandu lori misalnya tidak dapat melihat kenderaan yang berada 10 meter di belakangnya.
  • Sebelum menukar lorong, pemandunya perlu menoleh sedikit ke sebelah kiri atau kanan bagi memastikan bahawa tiada kenderaan lain berhampiran ketika menukar lorong atau memasuki persimpangan jalan.

Baca juga: [VIDEO]Lelaki maut dilanggar treler selepas rempuh kilang, sempat buat video sebelum kejadian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca