BARU-baru ini lima sahabat dilaporkan maut selepas dirempuh oleh sebuah lori treler muatan besi di kilometer 245.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong menora pada tengah malam Rabu lalu. 

Pelanggaran terbabit telah mencetuskan kebakaran sehingga menyebabkan kelima-lima sahabat berkenaan rentung terbakar. 

Ini bukanlah kemalangan pertama yang berlaku sehingga meragut nyawa tetapi kebanyakan kemalangan yang berlaku di sini melibatkan lori treler. 

Berikut adalah senarai beberapa kes kemalangan yang berlaku berhampiran Terowong Menora.

4 Oktober 2014

Kredit foto: The Star

Kemalangan berlaku disebabkan oleh sebuah treler hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan yang berada di hadapan. Rempuhan ini telah mengakibatkan dua orang maut dan 15 orang cedera. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.45 pagi. 

Kemalangan berlaku di kilometer 254, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara berhampiran Terowong Menora. 

4 Mac 2016

Kredit foto: Bernama

Empat mayat dipercayai rentung akibat dihempap oleh sebuah treler. Kemalangan berlaku membabitkan sebuah treler dan sebuah kereta di kilometer 256.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora. 

Kebakaran itu juga menyebabkan kawasan hutan seluas 0.8 hektar di tepi lebuhraya itu turut terbakar. 

3 Disember 2017

Kredit foto: Pengguna Facebook

Kali ini kemalangan membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah lori treler. Penunggang motosikal itu dilaporkan maut di tempat kejadian selepas merempuh treler yang berhenti di lorong kecemasan. 

Kemalangan berlaku di kilometer 264.4, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora. 

19 Februari 2018

Kredit foto: Taiping Zone

Kemalangan ini berlaku di dalam Terowong Menora yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Saga Aeroback. Kedua-dua kenderaan ini terbalik akibat kemalangan tersebut dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer. 

16 Mac 2018

Berlakunya tumpahan minyak akibat sebuah lori treler muatan simen terbabas di kilometer 258.3 Lebuhraya Utara Selatan. Kenderaan berat itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi jalan selepas Terowong Menora. 

Kemalangan itu juga mengakibatkan sebuah kenderaan dan motosikal turut terbabas kerana jalan licin namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

6 Oktober 2018

Baca juga: [VIDEO] Anak keempat baru setahun tapi dah mengandung 9 bulan, wanita Indonesia ini tak makan pil perancang, ini risiko hamil ‘dekat-dekat’

Sebuah lori treler dilaporkan hilang kawan sebelum menghimpit sebuah kereta jenis Kia Forte yang dinaiki lima sekeluarga. Rempuhan itu menyebabkan kenderaan berkenaan dihimpit hingga ke pembahagi jalan konkrit di tengah laluan. 

Rempuhan itu juga telah mencetuskan kebakaran sehingga mengakibatkan kelima-lima ahli keluarga itu rentung.

Kemalangan berlaku di kilometer 255.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora. 

13 Disember 2018

Kredit foto: AWANI

Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah lori tangki muatan simen. Dipercayai lori tangki itu hilang kawalan dan terbabas sehingga merempuh pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar bas ekspres berkenaan. 

Iklan

Kemalangan itu menyebabkan tujuh orang mangsa cedera. 

Kemalangan itu berlaku di kilometer 257, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora. 

30 Oktober 2019

Kredit foto: JBPM

Kemalangan melibatkan sebuah lori treler muatan konkrit dan sebuah kenderaan jenis Honda. Kemalangan itu disebabkan oleh beberapa tiang konkrit yang dibawa oleh treler telah terjatuh dan kemudiannya dirempuh oleh kenderaan berkenaan. 

Rempuhan itu mengakibatkan dua orang lelaki maut dan dua orang wanita cedera. 

Kemalangan dipercayai berlaku di kilometer 257, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora. 

4 April 2021

Kredit foto: JBPM

Sebuah bas ekspres dilaporkan terbalik sehingga menyebabkan 14 orang individu cedera termasuk pemandu bas. Difahamkan, bas itu terbabas sendiri ke bahu jalan sebelum dilaporkan terbalik. 

Iklan

Kemalangan berlaku di kilometer 265, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora. 

2 Mei 2021 

Kredit foto: JBPM

Dua orang maut, dua orang cedera parah dan seorang cedera ringan apabila empat buah kenderaan. Kejadian berlaku kira-kira jam 3.56 petang. Mangsa yang meninggal di tempat kejadian dilaporkan alami kecederaan parah pada bahagian badan selepas tersepit dalam kenderaan yang dinaikinya. 

Manakala, mangsa kedua meninggal di wad kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun ketika menerima rawatan. 

Kejadian dilaporkan berlaku di kilometer 263.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Terowong Menora. 

Baca juga: Antara 10 kes tular kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk sepanjang tahun 2020

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI