6 cara jimat bil elektrik jika guna aircond di rumah

A
A
A

KITA semua sedia maklum bahawa aircond antara barang elektrik yang banyak menggunakan tenaga elektrik.

Jika kita boleh kurangkan penggunaan aircond, secara tidak langusng kita juga boleh jimatkan duit daripada bayar bil elektrik yang melambung.

Tambahan pula dengan norma baru dan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), aktiviti lebih banyak dilakukan di dalam rumah lebih berbanding aktiviti di luar.

Jadi, macam mana cara untuk menjimatkan elektrik dengan penggunaan aircond? Okey jom SinarPlus kongsikan beberapa tip dan langkah bijak yang boleh kita cuba.

1.Tutup Suis Utama

6 Cara mudah jimat bil elektrik penggunaan aircond rumah

Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah bahawa dengan melakukan ini, korang telah jimat 10 peratus daripada jumlah penggunaan elektrik di rumah!

Walaupun dah tutup aircond menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa disedari.

2.Set Pemasa

6 Cara mudah jimat bil elektrik penggunaan aircond rumah

Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup aircond secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur.

Boleh ON untuk satu atau dua jam, kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas secara manual.

Tengah malam lebih sejuk, jadi tidak perlu menggunakan aircond dan berselimut. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.

3.Tetapan Suhu

6 Cara mudah jimat bil elektrik penggunaan aircond rumah

Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa, jadi korang tidak perlu menetapkan ia pada 18°C.

Jika tetapkan ditetapkan pada 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut.

Lain pula kalau ia ditetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas.

Secara teorinya korang akan jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.

4.Gunakan Kipas

6 Cara mudah jimat bil elektrik penggunaan aircond rumah

Gunakan aircond bersama kipas. Buka kipas dan pintu atau tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan aircond(Pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).

Memasang kipas akan menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik tanpa meningkatkan penggunaan tenaga. Selain itu, penggunaan kipas siling boleh menghilangkan udara panas di sekeliling badan kita.

5.Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan

6 Cara mudah jimat bil elektrik penggunaan aircond rumah

Menyelenggara sistem aircond adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.

Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.

6.Jadualkan penyelenggaraan

6 Cara mudah jimat bil elektrik penggunaan aircond rumah

Servis unit aircond korang jika ia meniupkan udara panas. Kita perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Betul tak?

Jadi, jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Korang masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang dibayar.

Kesimpulannya, jadilah pengguna yang bijak. Menang membeli pastikan menang juga memakai. Selamat mencuba!

Sumber : http://coolairservis.com/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca