6 cara wangikan bilik tidur guna bahan semula jadi, confirm hilang bau hapak & kepam

HARUMAN yang segar dan wangi di bilik tidur mampu memberikan kesan positif kepada seseorang.

Bukan itu sahaja, bau yang wangi memenuhi ruang rumah juga boleh menghidupkan suasana yang tenang dan mood yang baik.

Kali ini SinarPlus kongsikan cara untuk menyediakan haruman semula jadi yang boleh anda gunakan di ruangan rumah terutamanya untuk ruangan bilik tidur.

Mudah sahaja caranya dan barang-barang yang diperlukan pun boleh didapati di rumah sahaja. Jom cuba!

Kredit foto: Freepik

1. Campuran bahan semula jadi

Hirisan buah oren, kulit buah oren, buah cranberry, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan air, letakkan kesemua bahan-bahan ke dalam air mencukupi.

Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, rumah atau ruang itu akan dipenuhi dengan aroma hangat, bersih dan menyegarkan.

Baca juga Mudahnya bersih, kilatkan dapur hanya sapu-sapu & lap guna ubat gigi jer

2. Daun pandan

Anda boleh juga mencuba menggunakan daun pandan. Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi dalam rumah.

Ibarat seperti bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.

Kredit foto: Freepik

3. Kelopak bunga mawar

Selain itu, kelopak bunga mawar diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai.

Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.

Baca juga Murah & harum! Ini cara DIY pewangi tandas bau kayangan

Kredit foto: Freepik

4. Serai

Sering digunakan dalam bahan asal essential oil, serai wangi atau citronella ini memiliki pelbagai khasiat untuk pengguna.

Selain menghasilkan aroma yang menyegarkan, serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga.

Iklan

5. Pewangi fabrik

Campurkan 1/4 cawan pewangi fabrik dengan empat sudu baking soda dan satu cawan air panas.

Biarkan kesemuanya larut bersama lebih kurang 30 minit. Larutan dituang ke dalam botol dan anda dah boleh sembur sekitar rumah.

Kredit foto: Freepik

6. Minyak bayi

Hanya sediakan lidi buluh, balang dan minyak pati kegemaran anda. Isikan balang dengan minyak pati pilihan dan kemudian isi selebihnya dengan minyak bayi.

Ia akan menyerap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik anda bau yang cukup nyaman.

Semua bahan-bahan yang anda perlukan sememangnya ada di rumah sahaja. Selepas ini boleh lah cuba buat sendiri di rumah.

Iklan

Mana tahu pewangi yang anda buat sendiri lebih harum daripada pewangi yang biasa dibeli.

Selamat mencuba!

Sumber: Lemon8

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!