Murah & harum! Ini cara DIY pewangi tandas bau kayangan

PUNYAI bilik air yang sentiasa wangi memang impian semua penghuni rumah. Mana tidaknya, kalau ada tetamu datang ziarah, kita tidak akan segan kerana bilik air berbau harum.

Tidak dinafikan, anda mungkin pernah mencuba bermacam-macam jenis produk wangian tandas, sama ada dalam bentuk pepejal, gel atau sebagainya, namun bukan semua baunya tahan lama tambahan lagi, harganya juga bukanlah murah.

Baca juga Kediaman wangi dengan cara DIY jer. Guna bahan dalam rumah, lagi jimat dan puas hati

Krediti foto: Freepik

Jadi ada cara lain ke yang lebih jimat? Sudah pasti.

Selain menggunakan pewangi dibeli di kedai, boleh juga cuba DIY pewangi tandas dengan menggunakan dua bahan utama sahaja.

Walaupun dua bahan tetapi hasilnya memang tak sangka dan mampu bertahan lama berbanding pewangi lain.

Hasilnya memang puas hati. Bau tidak terlalu menyengat tapi selamat dan tahan lama.

Selain diletakkan di dalam tandas, boleh juga letakkan di dapur, ruang tamu, bilik dan tempat lain untuk kekal wangi seperti di hotel.

Ikuti perkongsian Azzira Razak ini.

Bahan-bahan:

  • Span
  • Pewangi
  • Cawan kosong

Cara-caranya;

Iklan

1. Gunting span bentuk dadu. Kemudian masukan ke dalam cawan. Tak kisah cawan apa, boleh sahaja.

Baca juga Inspirasi dekor dapur sempit untuk rumah sewa tanpa kabinet. Tak mewah namun cantik, kemas & praktikal

2. Campurkan dengan sedikit pewangi baju pilihan anda dan letakkan di dalam bilik air.

Iklan

Selamat mencuba! Semoga membantu!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!