6 fakta penting gegelang sotong sejuk beku tiada DNA babi

A
A
A

BARU-BARU ini tular di media sosial satu tangkap layar mengenai dakwaan gegelang sotong sejuk beku yang didakwa mengandungi rektum babi ditemui di sebuah premis di Perlis.

Ia menimbulkan pelbagai reaksi terutama rakyat beragama Islam sekali gus menggesa kerajaan melakukan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Justeru, kini gegelang sotong sejuk beku disahkan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berikut fakta berkaitan;

1. Ia disahkan oleh keputusan daripada Jabatan Kimia Malaysia.

2. Pihak KPDNHEP ingin menasihati pengguna agar berhati-hati di dalam menyebarkan maklumat terutama di media sosial termasuklah isu berkaitan halal kerana ia boleh mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

3. KPDNHEP telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk terbabit di sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor Bharu.

Baca juga Selepas Omicron, kini muncul lagi varian baharu, Deltacron. Ini fakta yang perlu kita tahu

gegelang sotong sejuk beku

4. Hasil pemeriksaan dan siasatan yang telah dijalankan, beberapa produk ditemukan dan KPDNHEP telah mengambil tindakan dengan menyita kesemua produk terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan lain untuk siasatan lanjut.

5. Sampel-sampel daripada produk terbabit telah dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk mengenalpasti sama ada produk terbabit mengandungi DNA babi atau sebaliknya.

Baca juga Tular kisah suami masih pakai lampin hingga mengabaikan isteri, ini pendapat pakar

6. Susulan itu, melalui keputusan yang diterima, Jabatan Kimia Malaysia telah mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit.

Justeru, pengguna tidak perlu meragui lagi dakwaan yang disebarkan. Ia halal, selamat dan tidak mengandungi DNA babi.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca