6 Kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus bermula 1 Mac

A
A
A

DISEBABKAN oleh pandemik Covid-19, kaedah pembelajaran secara dalam talian di rumah terpaksa dilaksanakan dan pelajar di pusat pengajian tinggu juga tidak dibenarkan untuk pulang ke kampus masing-masing.

Namun, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan dengan persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan enam kategori pelajar pulang ke kampus mulai 1 Mac ini.

Berdasarkan kenyataan itu, enam kategori pelajar tersebut akan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hybrid iaitu secara fizikal dan secara atas talian di kampus kasing-masing.

Berikut merupakan enam kategori pelajar yang telah dibenarkan untuk kembali ke kampus:

  • Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latihan amali, studio, bengkel dan peralatan khusus.
  • Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
  • Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hybrid.
  • Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.
  • Pelajar Berkeperluan Khas (OKU).
  • Pelajar yang menduduki peperiksaan MUET, antarabangsa dan badan professional.

Namun, bagi mereka yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori seperti di atas, mereka akan terus melakukan pembelajaran secara dalam talian di rumah masing-masing.

6 Kategori pelajar yang dibenarkan pulang ke kampus bermula 1 Mac

Dalam perkembangan sama, KPT memaklumkan pelaksanaan PdP secara hibrid dalam kampus boleh dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.

Bagi pelajar yang berada di Semenangjung dan akan pulang ke IPT di Sabah dan Sarawak, mereka diwajibkan untuk melakukan swab test dan dibiayai oleh KKM.

Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan ke IPT melalui Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/ 6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca