6 kriteria penamatan PKP, bersediakah kita?

No Image Caption
A
A
A

KITA semua sedia maklum, sudah sebulan lebih kita di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perlu diketahui bahawa, dengan keadaan dan persekitaran kini, bersediakah kita menamatkannya selepas 28 April akan datang?

Meskipun sejak 5 hari lalu kes positif akibat wabak Covid-19 tidak melebihi angka 100, kita masih sentiasa perlu berjaga-jaga dan jangan mudah berpuas hati.

Oleh itu, Sinar Plus berkongsi enam kriteria penamatan PKP. Adakah kita bersedia?

Antara kriteria yang perlu diambil perhatian adalah:

1. Kemampuan untuk mengawal sempadan.

Kita dikelilingi negara yang tinggi bilangan kes wabak Covid-19. Oleh itu, adakah negara kita boleh mengawal sempadan selepas fasa PKP?

2. Dalam masa yang sama, perlu juga dilihat dari aspek kemampuan mengawal dan merawat.

Dalam konteks ini, sehingga ke hari ini, kita masih dibelenggu masalah tiada vaksin dan ubat masih dalam kajian serta kemampuan kita hanya bergantung sepenuhnya dengan ventilator.

3. Kemampuan sistem kesihatan kita juga penting kerana keupayaan makmal masih terhad.

Namun, terdapat salah satu rapid test kit terbaru dari Korea menunjukkan lebih 80 peratus ketepatan.

4. Selain itu, kriteria lain adalah kemampuan kita melindungi warga emas. Hal ini demikian kerana, kita bakal memasuki bulan mulia Ramadan dan bakal meraikan hari raya.

Namun bersediakah kita untuk reda dan berkorban untuk tidak balik ke kampung halaman?

5. Penting sekali perlu dititikberatkan adalah norma baru dari segi penjarakan sosial, tiada himpunan awam dan kerap membasuh tangan.

Majlis perkahwinan bukan lagi norma. Hanya nikah sahaja. Bersediakah anda?

6. Namun, perlu diingatkan juga aspek kemampuan kita melaksanakan pencegahan dalam komuniti iaitu penglibatan daripada semua komuniti bagi memerangi wabak Covid-19, bukannya bergantung kepada pihak Kementerian Kesihatan semata-mata.

Berpandukan kriteria-kriteria di atas, bersediakah kita untuk ‘berkorban’ demi negara?

Tepuk dada, tanya selera…

Sumber: Public Health Malaysia

#JanganPutusAsaMalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca