6 sebab mengapa kita perlu ada ‘sehari tanpa smart phone’!
TIDAK dinafikan telefon bimbit atau smart phone adalah alat pertama yang akan dicapai setiap pagi sebaik sahaja bangun dari dan yang terakhir ditatap sebelum tidur.
Sepanjang hari pula, kebiasaannya kita terus-menerus melayari pelbagai laman dan aplikasi sama ada dengan menggunakan tablet, komputer, televisyen ataupun smart phone kita sendiri. Ia seolah-olah tidak pernah dimatikan langsung.
Selagi ada bateri selagi itu la kita akan menggunakannya dengan pelbagai perkara. Betul tak?
Disebabkan itu, penyanyi Hollywood yang berasal dari Amarika Syarikat (US), Alicia Keys baru-baru ini dilihat berusaha untuk mengawal mentaliti sedemikian dengan memperuntukkan hari tanpa teknologi, sehari dalam seminggu.
Namun, seperti apa yang dijangka ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan tambahan pula dalam menjalani kehidupan seharian kita amat-amat memerlukan telefon bimbit.
Ia jelas membuktikan kita sangat bergantung kepada peralatan tersebut sehingga jika tidak menggunakannya lebih-lebih lagi sepanjang hari, bukanlah satu perkara yang mudah.
Namun, jika korang menimbangkan untuk melakukan 'digital detox' atau tempoh tanpa teknologi, kita juga boleh memulakan secara berperingkat.
Apa yang penting cuba dahulu!
Memetik laporan portal Independent, kita mungkin boleh memulakan dengan tidak menggunakan teknologi selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum cuba meninggalkannya dalam tempoh seharian.
Langkah itu mungkin agak berat untuk dilakukan tetapi berikut adalah sebab mengapa kita amat perlu cuba memperuntukkan hari bebas teknologi, sehari dalam seminggu.
1. Lebihan masa
Sosial media sebenarnya telah ‘mencuri’ banyak masa kita dan kebanyakan pengguna yang menggunakan aplikasi laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter TikTok dan lain-lain lagi.
Buktinya, korang perasan tak sedang kita lega melayari aplikasi tersebut, tahu-tahu sudah dua jam berlalu begitu sahaja tanpa kita menyederinya. Betull tak?
Dalam masa dua jam sebenarnya banyak perkara yang kita boleh lakukan. Sebagai contoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka juga mengambil jangka masa yang hampir serupa. Cukup lama bukan?
Oleh itu, cuba elakkan diri daripada memeriksa akaun media sosial korang terlalu lama dan ada lebih banyakkan masa untuk hobi baharu atau masa dengan duduk bersahaja atau membaca buku.
2. Bantu untuk dapatkkan tidur yang berkualiti
Kita semua tahu bahawa perlunya mematikan telefon bimbit satu atau dua jam sebelum tidur.
Namun, siapa antara kita yang melakukan demikian?
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan berlebihan teknologi mungkin menyebabkan masalah tidur seperti apa yang dilaporkan oleh Independent.
Jadi, hadkan waktu menggunakan telefon, walaupun setakat satu hari dalam tempoh seminggu dan ia boleh meninggalkan kesan positif ke atas mutu kualiti tidur kita.
3. Pertingkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan
Khususnya jika kita bekerja dari rumah, keseimbangan kerja dan hidup seakan sukar dicapai.
Dengan dapur kita kini menjadi pejabat, semakin mudah untuk kita menghabiskan kerja di luar waktu kerja biasa.
Sehari tanpa teknologi, mungkin pada hujung minggu, boleh membantu memperbaiki keseimbangan hidup dan kerja serta mengurangkan kecenderungan untuk kerap memeriksa emel.
4. Kurang tekanan
Dengan telefon bimbit sentiasa melekat pada tangan, kita sentiasa maklum tentang berita-berita yang berlaku di sekeliling kita.
Ini mungkin memenatkan, khususnya jika emosi kita sering terjejas dengan perkara buruk yang berlaku di dunia.
Langkah untuk berehat daripada kitaran berita yang tidak berhenti mungkin membantu mengurangkan paras tekanan.
Ia juga membantu kita berasa lebih segar apabila korang menghidupkan kembali telefon selepas ia dimatikan dalam tempoh masa yang panjang.
5. Hapus masalah tengkuk tegang
Sakit tengkuk yang timbul kerana terlalu lama menggunakan komputer riba atau menggunakan telefon bimbit disebabkan otot yang tegang kerana terlalu lama menunduk.
Langkah tidak menggunakan teknologi seketika boleh memberi ruang untuk memulihkan tengkuk dan bahu dan kita juga boleh menggunakan waktu itu untuk melakukan regangan otot supaya membantu melegakan kesakitan itu.
6. Buktikan pada diri
Tiada jalan pintas untuk melakukannya. Meninggalkan teknologi memang bukan mudah.
Namun, jika korang berjaya melakukannya, meskipun gagal dalam percubaan sebelum ini ia akan membuktikan bahawa sebenarnya kita tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi.
Malah, ini akan membuatkan kita bangga dengan diri sendiri!
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber : mediacorp
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang