STATISTIK perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menunjukkan peratus populasi dewasa di negara ini teklah mencapai 75.4 peratus dengan 39,234,306 dos diberikan termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Permberian vaksin Covid-19 kini diperluaskan kepada remaja di bawah umur 17 tahun.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun Facebook rasminya mengumumkan tentang beberapa info penting berkaitan vaksinasi Covid-19 bagi remaja 12 hingga 17 tahun.

Berikut 7 fakta penting mengenai vaksinasi remaja korang perlu tahu;

1-Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) ditubuhkan.
2-Pendaftaran institusi-institusi pendidikan boleh dibuat di Portal Vaksin-Anak-Ku.
3-Ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk mendaftar anak sebagai tanggungan di MySejahtera.
4-Vaksin jenis Pfizer sebanyak dua dos akan diberikan.

Baca juga Covid-19: Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak, Remaja Kini Dibuka. Ini Cara Mudah Untuk Menempah Janji Temu Buat Mereka

KAEDAH PEMBERIAN VAKSIN

KAEDAH 1

Suntikan vaksin akan diberikan secara jangkau luar ke sekolah atau institusi berjadual.

Bagi remaja yang akan menduduki peperiksaan utama dan bersekolah asrama penuh atau harian, janji temu dos pertama akan diberi di klinik swasta atau sekolah berhampiran tempat tinggal

Dos kedua akan diberikan di sekolah atau lokasi dos pertama diterima.

KAEDAH 2

Bagi remaja dengan komorbid (menghidap dua atau lebih penyakit yang tidak berkaitan secara serentak) suntikan imunisasi Covid-19 akan diberikan di hospital atau klinik kesihatan.

KAEDAH 3

Iklan

Janji temu akan diberikan menerusi MySejahtera di klinik swasta bagi remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu/ bapa atau penjaga.

Terdahulu, memetik Sinar Harian, CITF-A menyasarkan 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

 

CITF-A adalah terdiri daripada pelbagai agensi berkepentingan seperti KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pendidikan, ProtechHealth, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Pendidikan Mara, Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara, dan Jabatan Imigresen.

Iklan

Dalam pada itu, CITF-A turut memaklumkan Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech dan telah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Diharapkan ibu bapa, keluarga dan penjaga mengambil tindakan sewajarnya berhubung suntikan imunisasi ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook KKM