HUJAN lebat lewat malam semalam di Seremban telah menyebabkan paras air Sungai Linggi naik hingga merosakkan struktur tebing dan mengalihkan aliran air.

Menurut Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd (SAINS) dalam satu kenyataan, gangguan bekalan air mentah itu terjadi berikutan runtuhan tebing Sungai Linggi.

Aliran air ke muka sauk telah menjadi lebih cetek dan mempengaruhi bekalan air kepada pengguna yang mengakibatkan gangguan kepada operasi Loji Rawatan Air Sungai Linggi.

Runtuhan tebing sungai tersebut dipercayai disebabkan oleh kejadian hujan lebat yang melanda beberapa kawasan lewat malam semalam.

Namun, pihak pihak Jabatan Dan Saliran (JPS) sedang berusaha melakukan kerja-kerja baik pulih di tapak berkenaan.

Gangguan operasi itu dijangka mengakibatkan gangguan bekalan air mentah kepada 45,067 pengguna melibatkan sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban turut terjejas.

Tentunya perkara tersebut membimbangkan ramai pihak dan penduduk setempat tambahan pula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Seremban baru sahaja dilaksanakan hari ini dan bakal berakhir 18 November.

SAINS akan sentiasa mengemaskini maklumat gangguan melalui portal rasmi www.sainswater.com dan juga Facebook Pusat Khidmat Pelanggan SAINS serta Apps iSAINS.

Tinjauan SinarPlus di Facebook rasmi Pusat Khidmat Pelanggan SAINS juga mendapati pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sedang berusaha melaksanakan kerja-kerja baik pulih.

Dalam pada itu, akibat hujan lebat itu juga, seramai kira-kira 450 penduduk juga terjejas apabila sekurang-kurangnya sembilan kawasan di daerah ini dan Rembau dilanda banjir kilat.

Iklan

Kawasan di Seremban terlibat dalam banjir kilat itu ialah Taman Happy, Taman Blossom dan Kampung Datuk Mansor di Rasah; Kampung Baru Blok C di Ampangan, Kampung Batu Tiga di Mambau, Taman Bukit Chedang, dan Taman Angsamas.

(7 GAMBAR) 45,067 penduduk Port Dickson, Seremban terjejas bekalan air akibat hujan lebat (7 GAMBAR) 45,067 penduduk Port Dickson, Seremban terjejas bekalan air akibat hujan lebat (7 GAMBAR) 45,067 penduduk Port Dickson, Seremban terjejas bekalan air akibat hujan lebat (7 GAMBAR) 45,067 penduduk Port Dickson, Seremban terjejas bekalan air akibat hujan lebat

Iklan

(7 GAMBAR) 45,067 penduduk Port Dickson, Seremban terjejas bekalan air akibat hujan lebat

Sementara kawasan terjejas di Rantau, Rembau pula membabitkan Kampung Linsum, Kampung Kuala Sawah dan Kampung Siliau.