UMUM maklum, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini diperluas kepada golongan remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan pemberian vaksin CoronaVac diluluskan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja) bagi yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan itu diberikan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-364 telah bersidang pada pada hari ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Katanya, vaksin keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd.,China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd, Malaysia itu telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

Menurut beliau, ia merupakan vaksin Covid-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan remaja selepas kelulusan sama diberikan kepada vaksin Cominarty, keluaran Pfizer-BioNTech pada bulan Jun 2021 lalu.

Ujar Dr Noor Hisham, walau bagaimanapun, PBKD menyarankan agar penggunaan vaksin CoronaVac dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun buat masa ini diutamakan kepada remaja tanpa komorbiditi dan yang mempunyai masalah alahan atau tidak sesuai untuk menerima vaksin Comirnaty.

Dalam pada itu, beliau berkata, KKM juga sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA dan diluluskan oleh PBKD.

vaksin

Sementara itu, ini info ringkas berkenaan vaksin CoronaVac;

Iklan

1. Dikilangkan oleh Sinovac Lifescience Co. Ltd, Beijing, China (Pemegang pendaftaran produk : Pharmaniaga LifeScience Sdn. Bhd.).

2. Setiap vial CoronaVac mengandungi 0.5ml (satu dos).

Iklan

3. Setiap dos (0.5ml) mengandungi 600 SU (bersamaan 3µg) inactivated SARS-CoV-2 antigen.

4. Berdasarkan analisa data terkini yang dikemukakan, produk ini telah menunjukkan manfaat yang lebih tinggi berbanding risiko (benefit over risk) yang membolehkan ia digunakan oleh rakyat.

Artikel berkaitan: Vaksinasi Covid-19 remaja 12 -17 tahun, ini perkara ibu bapa, penjaga perlu buat

5. Walau bagaimanapun, pemantauan berterusan ke atas keberkesanan dan keselamatan diperlukan bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif.

6. Vaksin CoronaVac disuntik pada otot deltoid di lengan dan diberi sebagai dua (2) dos (0.5ml setiap dos).

7. Suntikan dos kedua adalah dalam masa 14 hingga 28 hari setelah dos pertama.

Sumber: www.npra.gov.my