(7 keping gambar) Ratusan murid jalani ujian SWAB Covid-19, mereka menangis menanggung kesakitan

(7 keping gambar) Ratusan murid jalani ujian SWAB Covid-19, mereka menangis menanggung kesakitan
October 2, 2020
Faizul Hakimi

TERDAHULU, Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang diarah tutup lapan hari bagi membendung penularan pandemik Covid-19 menjadi lebih serius selepas seorang guru wanita disahkan positif wabak tersebut.

Guru berkenaan dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kedah.

(7 keping gambar) Ratusan murid jalani ujian SWAB Covid-19, mereka menangis menanggung kesakitan

Difahamkan guru itu adalah isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu baru-baru ini.

Akibatnya, kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan terpaksa menjalani ujian pengambilan sampel dan saringan kesihatan (SWAB) Covid-19 dan mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan keluar.

(7 keping gambar) Ratusan murid jalani ujian SWAB Covid-19, mereka menangis menanggung kesakitan

Sementara itu, media sosial juga dibanjiri dengan foto wajah anak-anak kecil yang sedang menangis seolah ketakutan selain menahan kesakitan ketika mereka menjalani ujian saringan tersebut.

Bukan hanya di Kedah, murid SK Silabukan Sabah turut menerima nasib yang sama dan media sosial seperti Facebook dan Twitter kini dibanjiri dengan kemarahan orang ramai terhadap orang politik yang didakwa penyebab kejadian tersebut.

(7 keping gambar) Ratusan murid jalani ujian SWAB Covid-19, mereka menangis menanggung kesakitan

Ditambah pula dengan laporan bilangan kes positif mencanak naik kepada 260 kes menjadikan kes kedua tertinggi dalam sejarah PKP dilaksanakan.

Tidak hairanlah ramai suarakan isi hati mereka kerana yang menanggung bebanan adalah rakyat bawahan jika PKP terpaksa dilaksanakan kembali seperti apa yang dibayangi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan twitternya semalam.

(7 keping gambar) Ratusan murid jalani ujian SWAB Covid-19, mereka menangis menanggung kesakitan

Apa pun mari kita doakan agar Covid-19 ini tak merebak kepada murid- murid, guru lain dan semua kakitangan sekolah terbabit.

Kasihan melihat murid ramai yang menangis semasa ujian swab dilakukan. Semoga urusan mereka dipermudahkan.

(7 keping gambar) Ratusan murid jalani ujian SWAB Covid-19, mereka menangis menanggung kesakitan

Kredit foto : Dzul Atfi/ Hafiz Zulkifli / Mohd Hafizie Zainuddin

About Faizul Hakimi