NASI impit adalah antara juadah wajib sewaktu hari raya tapi nasi impit Ini kalau dibiarkan di luar sekejap je mesti dah berair dan akan basi, pilihan terakhir terpaksalah dibuang. Membazirlahkan?

Nasi impit sedap dimakan dengan serunding, kuah lontong, kuah kacang, rendang dan pelbagai menu lain.

Tapi mesti kita pernah berhadapan dengan masalah nasi impit cepat basi terutamanya bila biarkan dalam suhu bilik.

Mungkin ada yang belum tahu teknik memasak nasi impit ni agar tahan lama. Jadi anda boleh gunakan beberapa petua nasi impit supaya tahan lebih lama.

1. Basuh beras

Mula-mula penting untuk kita basuh beras tu bersih-bersih. Kalau yang guna nasi impit instant, basuhkan juga paket nasi impit tu betul-betul sebab airnya akan masuk ke dalam paket. Ulang basuhan 2-3 kali hingga airnya agak jernih kemudian barulah sedia untuk direbus.

2. Bubuh sedikit garam

tip

Rebus macam biasa nasi impit dengan paras air menutupi keseluruhan nasi impit kemudian taburkan sedikit garam, jangan terlalu banyak nanti masin pula nasi impit itu.

3. Asam gelugur / limau kasturi

Anda boleh tambahkan sekeping dua asam gelugur atau asam keping semasa merebus nasi impit untuk membolehkan ia kekal sedap dan bertahan lama. Jika tiada asam gelugur, boleh cuba menggunakan hirisan limau kasturi. Masukkan dua hingga tiga hirisan limau ini ketika merebus nasi impit.

4. Masa merebus

tip

Iklan

Masa merebus ni selalunya bergantung kepada saiz nasi impit atau kuantiti yang kita rebus. Seeloknya rebus lama sikit sebab nak pastikan beras di dalamnya betul-betul masak. Ramai yang masak paling kurang 2 jam untuk pastikan nasi impit tu betul-betul masak. Nak masak lebih daripada 2 jam pun boleh juga.

5. Tos betul-betul kering

Setelah nasi impit elok masak, angkat dan toskan airnya sehingga kering. Ia mampu menjamin nasi impit tidak cepat berair yang akan merosakkan rasa nasi impit. Lebihan air ini akan membuat nasi impit mudah basi. Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, inilah sebab ketupat yang dah dimasak digantung. Sebab nak bagi airnya keluar. Barulah ketupat tak cepat berair dan lambat basi.

6. Simpan di dalam freezer

Iklan

Satu lagi cara nak pastikan nasi impit tak cepat basi ialah simpan dalam freezer. Simpankan dalam penutup kedap udara ye supaya tak ada bau-bauan dari peti sejuk menyerap masuk dalam nasi impit. Nanti masa nak makan barulah ambil dan kukuskan supaya panas dan lembut.

7. Potong apabila nak makan

Nasi impit ni biasanya yang dah dipotong lebih cepat berair dan basi. Jadi pastikan kita hanya potong nasi impit tu bila nak dihidangkan. Masa memotong tu, seeloknya pakai sarung tangan atau plastik. Pastikan pisau serta papan pemotong betul-betul kering dan bersih.

Sumber: Hasrulhassan.com
Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif