KEMAHIRAN atau soft skill adalah perkara penting buat majikan untuk menilai seseorang individu yang bakal diambil sebagai pekerja.

Tambahan pula pasaran kerja sejak pandemik Covid-19 ini dilihat kurang baik dan masih lagi ketat dan sangat kompetetif. Sebab itu, korang perlu mengetengahkan kemahiran yang amat diperlukan oleh bakal majikan untuk dinilai.

Kalau dah tahap boss boleh senyum tengok resume masa temuduga kira ada harapan la tu. Apa yang penting mesti yakin dengan kebolehan diri!

Soft skill yang bagaimanakah sesuai dan sangat penting dimasukkan ke dalam resume supaya dapat menarik perhatian majikan ya?

Terdapat pelbagai jenis kemahiran yang diperlukan oleh majikan masa kini dan kita boleh masukkan ke dalam resume selagi ianya benar-benar sesuai dengan permintaan pasa masa kini.

Ingat, skill yang diperlukan bukan sekadar di atas kertas sahaja, tetapi korang perlu benar-benar menguasai dan faham semua fungsi berkaitan skill tersebut dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja diperlukan.

Kata mudahnya, jangan la menipu pula guys! Tipu diri sendiri tidak mendatangkan apa-apa keuntungan, kelak mungkin memakan diri. Percayalah!

Untuk memasukkan kemahiran ini juga, pentingnya di sini untuk kita tahu cara yang betul untuk memasukkan KEYWORDS yang tepat ke dalam resume serta cover letter supaya ia memenuhi kehendak majikan.

Antara 7 soft skill yang menjadi rebutan majikan pada masa ini adalah seperti:

1.Mahir menyelesaikan masalah

Bukan sekadar boleh mendengar masalah yang diajukan, tetapi korang perlu mempunyai skill dari segi menyelesaikan masalah, plan untuk selesaikan masalah serta rumusan setelah masalah diselesaikan.

7 Soft Skill ini wajib ada dalam resume kalau nak tengok boss senyum

Malah penting juga untuk kita tahu cara untuk mengelakkan masalah ini berlaku lagi pada masa akan datang. Jika ada ciri tersebut dalam diri korang, syabas! Itu adalah satu bonus besar.

2. Pemikiran yang kritikal

Perkara ini juga adalah satu bonus yang besar kepada majikan sekiranya korang mempunyai kemahiran tersebut.

Skill ini sangat penting kerana ia memerlukan pemikiran yang sangat pantas untuk mengenalpasti sesuatu masalah dan peluang besar yang ada di hadapan mata.

Pemikiran yang kritikal ini juga sangat baik untuk menangani sesuatu masalah dengan memberikan best solution serta manfaat untuk semua orang.

3. Kreatif

Sekiranya sesuatu syarikat berada dalam keadaan yang sama sahaja pastinya ia membangkitkan suasana yang bosan kepada semua pekerja.

Seorang pekerja yang mempunyai kreativiti yang tinggi akan mewujudkan persekitaran yang ceria dan gembira hasil daripada idea yang baru untuk disumbangkan kepada syarikat.

7 Soft Skill ini wajib ada dalam resume kalau nak tengok boss senyum

Jadi, seorang yang kreatif sangat diperlukan oleh majikan untuk menghasilkan perkara baru seiring dengan pembangunan dari semasa ke semasa.

Iklan

4. Deligasi / smart work

Bagaimankah seorang yang mempunyai skill ini bekerja? Mereka bijak dalam pengurusan kerja akan membahagikan tugasan yang banyak dengan cara yang betul dan baik serta tugasan tersebut dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan serta hasilnya adalah terbaik.

5. Emosi yang cerdas

Pentingnya seorang pekerja yang cerdas emosinya kerana masing-masing perlu bekerja dengan profesional.

Ini kerana pekerjaan tersebut tidak melibatkan satu pihak sahaja, malahan terdapat banyak cabang urusan seperti berurusan dengan pelanggan, vendor, pelabur dan sebagainya.

Malahan, setiap urusan pastinya adalah dalam tempoh jangka masa yang panjang. Jika tidak bekerja dengan profesional, khuatir networking yang dibina akan berakhir dengan sia-sia.

6. Mahir membuat keputusan

Kebanyakan pekerja yang cepat mendapat kenaikan pangkat adalah mereka yang mahir dan bijak membuat sesuatu keputusan berkaitan tugasan yang diberikan.

7 Soft Skill ini wajib ada dalam resume kalau nak tengok boss senyum

Iklan

Inilah ciri yang dicari oleh setiap majikan supaya segala urusan berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang.

Ini adalah kerana setaip keputusan pastinya melibatkan syarikat tersebut serta organisasi lain yang berkaitan.

7. Mahir membuat rundingan

Skill mahir membuat rundingan yang betul mampu menjana bisnes jangka masa panjang kepada sesuatu syarikat.

Tambahan lagi jika korang sudah biasa dan berpengalaman membuat rundingan dengan pihak luar serta menjana kelebihan kepada syarikat.

Semoga bermanfaat!

Sumber : https://kerjaya.co/