KES demi kes akaun media sosial seperti Instagram digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sering dilaporkan.

Tambahan pula kini rata-rata orang ramai semakin mahir menggunakan platform Instagram bagi tujuan berniaga ataupun meningkatkan populariti dengan menghasilkan pelbagai video-video kreatif yang menarik untuk dikongsi.

Antara sasaran penggodam ialah akaun Instagram yang ramai pengikut terutama pemilik akaun dalam kalangan selebriti atau Insta Famous yang sudah pastinya famous dan ramai pengikut.

Jadi, tidak hairanlah apabila ada di antara mereka melaporkan akaun media sosial telah digodam.

7 tip elak akaun Instagram daripada digodam

Malah, wujud juga servis meningkatkan pengikut Instagram dengan cara menggunakan teknik godam akaun popular. Fuh, dahsyat bukan? Pengikut pun boleh dibeli dan digodam. Tapi kalau tak ada permintaan pastinya servis tersebut juga tidak wujud. Setuju?

Oleh kerana ramai pengguna Instagram yang ada ratus ribu pengikut sering menjadi mangsa daripada jenayah siber ini, SinarPlus juga ingin kongsikan serba sedikit tip yang mungkin boleh diguna pakai untuk mengelakkan akaun Instagram daripada digodam pihak yang tidak bertanggungjawab yang dikongsi oleh hasrulhassan di laman blogspotnya.

Tip yang diberikan ini cukup mudah untuk diamalkan. Jika anda rasa sayangkan akaun Instagram anda yang dah ada ramai follower tu, maka ikutilah tip di bawah dengan teliti.

1. Gunakan emel berbeza

Jangan guna akaun emel yang sama untuk peribadi dan bisnes. Maka, samalah juga untuk akaun Instagram, sila gunakan emel berbeza untuk login ke Instagram. Jika anda gunakan fungsi login ke Instagram guna Facebook, pastikan alamat emel anda berbeza di Facebook dengan Instagram.

Juga terdapat kes yang mana penggodam dapat masuk ke akaun Instagram anda menerusi akaun Facebook. Jadi, awas ingat tip ini!

Tambahan lagi, fungsi emel ini akan digunakan bagi membolehkan anda mendapatkan semula akaun Instagram seandainya ia telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

2. Sentiasa tukar kata laluan

Malas tukar password bakal menjadi penyebab akaun Instagram anda digodam. Jangan abaikan tip utama keselamatan akaun media sosial ini. Anda perlu kerap menukar kata laluan atau password, sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

7 tip elak akaun Instagram daripada digodam

Sekiranya anda terlupa kata laluan yang telah ditukar, hantar emel support untuk buat tetapan semula kata laluan yang baru. Ini peri pentingnya anda ada akaun email yang berbeza untuk handle akaun Instagram anda!

Manalah tahu, kot-kot salah satu akaun emel anda juga turut dihack oleh penggodam.

Setidaknya ia akan kurangkan kebarangkalian anda kehilangan salah satu akaun sosial media anda seperti Instagram.

3. Gunakan pengesahan dua faktor

Ini merupakan ciri keselamatan tambahan yang diamalkan bagi kebanyakkan aplikasi di internet. Bukan sahaja bank komersil menggunakan teknik pengesahan dua faktor ini, malahan emel dan akaun media sosial seperti Facebook dan juga Instagram turut menggunakan cara ini untuk membantu pelanggan mereka daripada kena hack.

Pengesahan dua faktor ialah ciri keselamatan antara terbaik yang boleh elakkan akaun Instagram dari kena hacked.

Apabila pengesahan dua faktor dihidupkan, setiap kali anda log masuk ke Instagram daripada peranti yang tidak diketahui, anda akan diminta untuk memasukkan kod keselamatan SMS atau kod sandaran selain nama pengguna dan kata laluan anda.

Jadi, untuk kaedah ini, pastikan nombor telefon anda dikemaskini di akaun Instagram anda.

Fungsi ini boleh dinyah-aktifkan pada bila-bila masa, terutama jika anda berhajat untuk tukar smartphone baru dan install semula Instagram.

4. Gunakan Password Berbeza

Bukan semua orang mahu buat akaun email yang berbeza untuk uruskan akaun media sosial ni, jadi alternatifnya ialah, gunakan kata laluan berbeza. Jangan gunakan kata laluan yang sama di Instagram seperti kata laluan di emel.

Jika anda gunakan kata laluan yang sama untuk emel dan juga Instagram, maka kemungkinan besar untuk anda dapatkan akaun Instagram anda kembali mungkin akan mengalami kesukaran.

Ini adalah kerana, untuk mendapatkan kembali akaun Instagram yang telah digodam, emel yang diletakkan dalam Instagram akan dijadikan sebagai rujukan.

Sementara itu penggodam boleh tukar je alamat emel di dalam Instagram tu untuk sukarkan anda dapatkan kembali akaun anda. Jika anda blogger, ia juga boleh akibatkan anda kehilangan blog anda!

Iklan

Satu lagi alternatif untuk mereka yang malas nak daftar atau gunakan emel jika login ke Instagram. Anda hanya perlu link sahaja akaun Instagram anda dengan Facebook.

Ada dua kaedah, sama ada anda link Instagram anda ke akaun FB personal anda, atau link ke FB Page.

Jadinya, setiap kali anda nak masuk ke Instagram, anda hanya gunakan login ke Facebook sahaja.

Oleh itu, jika anda guna smartphone untuk login Instagram, pastikan anda dah sedia login ke Facebook. Mudah bukan?

5. Awas 3rd Party App meragukan

Kadang penggodam boleh akses ke akaun Instagram anda menerusi aplikasi lain yang anda muat-turun ke dalam smartphone anda.

Contohnya, anda main game, kemudian anda diminta untuk link ke akaun Instagram bagi mendapatkan mata atau ganjaran, maka awas! anda mungkin undang pencerobohan mudah berlaku.

Satu lagi ialah menerusi aplikasi yang berkaitan gambar, kebiasaannya akan minta anda link ke akaun Instagram samada untuk republish, repost dan sebagainya. Pilih aplikasi 3rd party yang sah dan tidak meragukan.

Sedikit tip, anda juga boleh gunakan aplikasi antivirus untuk scan aplikasi tersebut dahulu.

Iklan

6. Logout akaun Instagram selesai guna

Ini tips paling mudah. Tapi jarang berlaku. Tapi jika anda sentiasa amalkan mungkin tip ini sangat berkesan dan selamat.

Anda cuma perlu logout akaun Instagram anda selepas guna, terutama andai akses akaun anda samada daripada komputer, laptop sendiri atau orang lain; begitu juga kalau anda akses akaun Instagram anda menerusi smartphone orang lain.

Lagi satu, katakan smartphone anda rosak, anda hantar ke kedai untuk diperbaiki dan kerja untuk diperbaiki tidak dilakukan depan mata, ia juga membolehkan anda mengundang si penggodam. Jadi, pastikan akaun anda logout.

7. Kalau dah kena godam?

Bagaimana kalau akaun Instagram anda dah digodam atau anda percaya ia dah kena hacked?

Anda boleh dapatkan kembali dengan mudah akaun Instagram anda yang dah kena hacked atau godam ni, seandainya akaun emel anda masih boleh diakses.

Jadi, itulah sebabnya anda disarankan gunakan akaun emel berbeza atau setidak-tidaknya password berbeza.

Semoga bermanfaat! Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.

Rujukan : https://www.hasrulhassan.com/