8 fakta tentang lipas yang mungkin ramai tak tahu!

A
A
A

DALAM banyak-banyak serangga, ramai dalam kalangan kita yang takut malahan berasa teramat jijik dengan lipas meskipun ia cuma makhluk berbadan kecil.

Walaupun ia berbadan kecil, namun serangga itu tetap digeruni tambahan pula jika ia merayap, menyelinap dan terbang di atas kepala pasti boleh membuatkan sesiapa sahaja panik dan terjerit-jerit kegelian meminta tolong.

Rasa geli terhadap serangga ini mungkin dianggap biasa. Namun jika ia menjejas kehidupan seharian, pakar juga menyarankan supaya mendapatkan bantuan dengan pendedahan secara bertahap.

Selain itu, ada juga yang langsung tidak gentar sama sekali oleh serangga berkaki enam ini. Bagi sebilangan yang lain, kelibatnya saja ibarat mimpi buruk di siang hari.

8 fakta tentang lipas yang mungkin ramai tak tahu!Namun begitu, adakah korang benar-benar kenal dengan lipas?

Menurut laman Public Health Malaysia, baru-baru ini mereka berkongsikan lapan fakta menarik mengenai serangga itu yang mungkin ramai tidak tahu. Antaranya adalah seperti :

1.Boleh Leperkan Badannya

Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja. Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.

2. Boleh Tukar Kelajuan Ketika Berlari

Lipas mampu menukar kelajuannya ketika berlari dengan menukar kedudukan kaki mereka kepada gaya tripodal. Gaya ini meningkatkan lagi fleksibiliti dan mengurangkan rintangan dan membolehkan ia berlari sepantas 320km/j !

3. Mampu Hidup Tanpa Kepala

Lipas masih mampu hidup sehingga dua hingga tiga minggu setelah kepalanya terputus. Ya! Mereka boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan, tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.

4. Hidup Dalam Berkumpulan

Lipas hidup berkumpulan, tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun.

5. Ada Yang Boleh Melompat

Ramai orang takut kepada lipas terbang, maka mungkin ramai takut kepada lipas melompat. Ada spesis lipas di Afrika Selatan yang boleh melompat seperti belalang. Mereka lincah melompat dan tidak suka duduk diam.

6. Boleh Gigit Manusia

Serangga omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Walaupun gigitan lipas tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah, namun situasi itu tetap tak diingini.

7. Suka Masuk Telinga

Lipas masuk ke dalam telinga manusia kerana tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian mereka. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.

8. Lipas Makanan Eksotik

Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana lipas dimakan sebagai snek! Agak-agak, sedap tak?

8 FAKTA LIPAS YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU !

1. Boleh Leperkan Badannya

Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui...

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 21 January 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca