8 Kelebihan Telegram yang ramai pengguna tak tahu, lebih mudah dan cepat!

8 Kelebihan Telegram yang ramai pengguna tak tahu, lebih mudah dan cepat!
December 14, 2020
Oleh Meen

RATA-RATA pengguna ‘smart phone’ yang semakin hari dicipta serba canggih dengan pelbagai fungsi yang ditawarkan akan memilih untuk menggunakan aplikasi menghantar dan menjawab mesej yang cukup popular iaitu Whatsapp.

SinarPlus juga percaya ramai juga yang tidak tahu selain Whatsapp, terdapat pelbagai lagi aplikasi penghantar mesej yang boleh kita gunakan dan ia juga percuma. Antaranya adalah Telegram.

Namun, jarang kita lihat pengguna smart phone menggunakan Telegram sebagai aplikasi utama mereka untuk menghantar mesej. Mengapa yer?

Mungkin mereka tidak tahu akan kelebihan Telegram yang tiada pada aplikasi permesejan yang lain. Statistik juga menunjukkan pengguna Whatsapp di Malaysia lebih 50 peratus berbanding aplikasi lain.

Cuba korang bayangkan satu hari nanti tiba-tiba Whatsapp down atau tidak boleh digunakan lagi seperti di negara China. Korang pasti akan cemas, bukan? Jangan risau kerana pengguna aplikasi Telegram boleh dijadikan sebagai penyelamat.

Tambahan pula ramai pengguna masih tidak tahu banyak kelebihan dan fungsi terkini yang ditawarkan Telegram berbanding Whatsapp. Antaranya adalah seperti :

1. Penggunaan Username

Untuk pengetahun semua, Telegram menggunakan unik username sebagai mengganti nombor telefon kita.

Melalui cara ini, pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon. Selain itu, username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram. Jika di Whatsapp korang sudah pastinya perlu daftar menggunakan no telefon. Betul tak?

2. Ytranslatebot

Lepasni korang tak perlu susah pergi Google translate. Kesian Googlet ranslate semua manusia mengharapkan dia untuk menyelesaikan masalah untuk menterjemahkan bahasa.

Apa kata kita cuba sesuatu yang baru. Ytranslatebot mampu ‘translate’ mesej yang kita ingin sampaikan. Bukan itu sahaja, mesej kita ada pilihan untuk pilih apa sahaja bahasa yang kita mahukan. Kata mudahnya walaupun kita sedang berkomunikasi dengan pak arab, ia bukan lagi satu masalah yang besar. Menarik bukan?

3. File Transfer

Seperti Whatsapp, korang juga boleh menghantar pelbagai fail tetapi jika menghantar gambar, pastinya gambar tersebut kualitinya akan dikurangkan.

Telegram juga boleh menghantar apa sahaja jenis fail dan telegram tak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar.

Iklan

Malah, sesiapa yang pentingkan kualiti imej gambar atau video, Telegram tempat paling mudah dan cepat.

4. Skeddy

Manusia ini tak akan lari dengan sifat pelupa. Skeddybot ini sesuai untuk golongan yang mudah lupa terutama pelajar yang asyik lupa sahaja nak siapkan assigment.

Skeddybot ini bantu korang ingat balik perkara yang perlu korang buat dengan kata mudahnya sebagai reminder lah. Contoh korang send ‘Tengok assignment every 5 minutes’. Jadi, dia akan text remind kita setiap 5 minit sampai ia selesai.

Nak diikutkan lecturer pun diorang dah penat asyik remind benda yang sama iaitu assignment kan? So, dengan adanya skeddy ni kita sebagai pelajar tiada alasan lagi nak siapkan assignment dengan lebih awal selepas ni. Jangan lupa cuba!

5. Fungsi search yang hebat

Best nya Telegram ni, korang boleh search apa sahaja yang korang minat, nanti akan keluar list yang korang search tu. Contoh nak tengok movie secara percuma je, search movie, akan keluar channel movie yang dah set sebagai public. Kalau private kena join ikut link.

Contoh lain nak tengok drama melayu, keluar semua list channel dan berapa orang ahli channel yang dah join channel tersebut. Pendapat Lia, join channel yang mempunyai ahli yang ramai. Confirm channel tu mesti best!

Iklan

6. Game

Serius la Telegram ada game? Ya! Korang mesti pelik macam mana telegram boleh ada game. Korang tak perlu pelik sebab memang wujud pun.

Korang tak akan bosan sebab korang boleh ajak kawan-kawan main sekali. Game dia tak lah sehebat PUBG atau ML. Game ini sedikit sebanyak bantu lah kita elakkan kebosanan di dalam kelas ke atau di tempat kerja.

7. PhotosetterBot

Korang mesti ada kawan yang jenis malas menulis nota kan? Jangan risau dah, Telegram boleh bantu. Photosetterbot boleh convertkan tulisan dalam image kepada bentuk text.

Contoh, pengguna hanya perlu screenshot nota dalam bentuk image dan bot ini akan tolong taipkan dalam bentuk teks. Kepada mereka yang malas sangat nak menyalin nota, fungsi luar biasa ini sangat sesuai untuk korang!

8. Channel Telegram

Berbeza dengan Group Chat, Channel adalah medium penyiaran maklumat dengan cara ‘one way communication’, manakala Group Chat tujuan untuk berkomunikasi beramai-ramai dalam group.

Dengan kata mudahnya Channel Telegram ini seakan-akan seperti Website lah, menyediakan semua maklumat mengikut niche Channel tersebut.

Channel Telegram terbahagi kepada 2 iaitu:

Public - Boleh sebar luas dan tiada had keahlian.

Private - Ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin sendiri.

Menarik bukan ciri-ciri yang ditawarkan Telegram, SinarPlus percaya pasti ada fungsi-fungsi yang korang juga baru tahu kan? Jadi, tunggu apa lagi? Muat turun dan explorelah Telegram sekarang!

Semoga bermanfaat!

About Meen

Biodata Penulis