MAKANAN laut seperti udang galah atau lobster sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit dan paling popular terutama buat lelaki adalah gout. Betul tak?

Namun, ramai yang tidak tahu lobster juga selain sedap dimakan tak kira apa juga jenis masakan ia juga memiliki banyak kebaikan untuk kesihatan jika diambil dengan cara yang betul.

Antaranya adalah seperti :

1. Menurunkan kolesterol jahat

Lobster bermanfaat untuk menjaga kesihatan kadiovaskular apabila diambil sebagai makanan. Ini kerana ia memiliki kandungan asid lemak essential yang berguna untuk menurunkan kolesterol jahat dan mencegah penggumpalan kepingan darah (aterosklerosis).

2. Sumber protein yang baik

Lobster juga memiliki kandungan protein yang dapat memenuhi keperluan protein tubuh dengan asid amino yang memililiki profil lengkap sehingga mudah diserap oleh tubuh.

Apabila korang ingin menambah otot terutama bagi pengamal gym atau abang-abag sado, pengambilan lobster mungkin dapat membantu.

3. Sumber antioksidan

Lobster juga merupakan salah satu makanan laut yang memiliki kandungan aktioksidan yang baik untuk tubuh.

Antioksidan dapat membantu tubuh untuk menjaga fungsi kekebalan tubuh, menangkis radikal bebas dan membantu memproduksi antibodi dengan kandungan selenium yang tinggi.

4. Mencegah anemia

Anemia merupakan penyakit darah rendah. Dalam menunjang produksi sel darah merah dan membantu mencegah anemia, lobster memiliki setidaknya 12 peratus kandungan vitamin B12.

Selain itu, konsumsi lobster juga dapat berperanan dalam proses pembentukan sel darah merah.

5. Membantu menjaga kesihatan kulit

Pengambilan lobster dapat membantu tubuh untuk menjaga kesihatan kulit serta mencegah penyakit kulit bersisik (pellagra).

Ini kerana lobster juga memiliki kandungan vitamin E (aplha tocopherol) dan niasin yang tinggi yang berguna dalam menjaga kesihatan kulit.

Iklan

Selain itu, ia juga dipercaya memiliki kandungan karotenoid yang disebut astaxanthin yang berguna untuk menjaga kulit tetap sihat dan melindunginya dari penuaan (premature aging).

6. Membantu memproses lemak

Secara umumnya lobster memiliki kandungan vitamin B3 (niasin) yang berguna dalam pemprosesan lemak, karbohidrat dan protein hingga menjadi tenaga bagi tubuh manusia.

7. Membantu mengurangkan risiko depresi

Dengan memiliki kandungan asid lemak essential omega 3, lobster dapat membantu memberikan perlindungan kuat pada risiko depresi serta membantu pula dalam mengembalikan mood seseorang yang telah hilang.

Iklan

8. Membantu menguatkan tulang

Lobster memiliki kandungan kalsium dan fosfor yang baik bagi tubuh apabila pengambilan secara teratur.

Kalsium dan fosfor merupakan dua zat yang dapat bekerja secara bersamaan untuk membantu membentuk tulang serta gigi yang kuat.

Selain itu, disarankan pula untuk memakan lobster atau udang galah berserta kulitnya karena kandungan glucosamine pada udang yang berguna bagi tubuh untuk membantu dalam proses pembentukan tulang rawan dan persendian tulang.

9. Membantu meningkatkan tenaga

Pengambilan lobster secara teratur dapat membantu meningkatkan tenaga setiap hari. Ini kerana ia sangat kaya akan zat besi yang dapat membantu meningkatkan tenaga tubuh kita.