BUSUK, pahit, tak sedap! Itu adalah tanggapan kebanyakan orang setiap kali diminta untuk makan petai.

Pun begitu, tahukah anda sebenarnya terdapat banyak khasiat makan petai terhadap kesihatan? Abaikan soal bau kerana ia banyak mengandungi khasiat.

Ya, salah satu darinya petai mampu mencegah masalah kemurungan! Tak percaya?

Selebriti terkenal, Sharifah Sakinah juga telah berkongsi satu tip kesihatan dari perspektif yang agak unik menerusi laman sosial Instagram rasmi miliknya mengenai petai.

Pelakon wanita jelita itu mengamalkan petua tersendiri untuk mengelakkan masalah kemurungan iaitu dengan memakan petai sebagai seumpama memakan snek ringan.

Abaikan soal bau! Petai mampu mencegah masalah kemurungan.
Sharifah Sakinah berkongsi satu tip kesihatan dari perspektif yang agak unik menerusi laman sosial Instagram mengenai petai.

“Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil“, jelasnya di Instagram yang memetik sumber carian di Google.

Sehingga kini, video perkongsiannya ditonton oleh kira-kira lebih 100 ribu orang dan mendapat ratusan komen positif dalam kalangan warganet.

Jelas Sakinah, carian di internet turut mendapati kebanyakan individu mengalami kemurungan pulih selepas makan buah petai.

Abaikan soal bau! Petai mampu mencegah masalah kemurungan.
Petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang akan bertukar kepada serotonin ketika berada dalam tubuh badan sekali gus menjadikan orang lebih relaks, gembira dan emosi lebih stabil.

Hakikatnya, buah yang dinamakan sebagai Parkia speciosa dalam bahasa saintifiknya itu bukan sahaja mampu berfungsi merawat kemurungan.

Malah terdapat banyak lagi khasiatnya terhadap kesihatan, termasuklah:

1. Membantu merawat PMS

Buat anda yang tertanya-tanya, premenstrual syndrome (PMS) adalah kondisi yang akan menjejaskan fizikal, mental dan kelakuan wanita ketika kitaran menstrualnya.

Dikatakan dengan memakan buah yang kaya dengan vitamin B6 ini, ia mampu membantu mengawal kandungan gula dalam darah individu sekali gus memberi kesan positif kepada mood anda.

2. Membantu mencegah anemia

Anemia adalah sejenis kondisi yang mengakibatkan kekurangan sel darah merah dalam tubuh badan. Kesannya ia akan membangkitkan simptom-simptom seperti berikut:

  • Lemah dan penat
  • Pening kepala
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Mudah dijangkiti penyakit
  • Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti ini, mungkin anda boleh cuba makan petai sebagai salah satu langkah alternatif selain daripada ubat?

3. Membantu menstabilkan tekanan darah

Untuk pengetahuan anda, buah ini sangat tinggi dengan kandungan potasium namun rendah garam.

Ini menjadikan petai adalah makanan yang sangat bagus untuk membantu menstabilkan tekanan darah.

Kepercayaan ini telah dibuktikan oleh US Food and Drug Administration yang mengesahkan petai memang benar boleh membantu menstabilkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

4. Membantu meningkatkan kebolehan kognitif

Menurut kajian yang dilakukan di sebuah sekolah di UK, pelajar yang makan petai pada waktu sarapan dan makan tengah hari, didapati boleh menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran dengan lebih mudah.

Persoalannya, bagaimanakah buah ini boleh memberi kesan kepada kebolehan kognitif individu?

Iklan

Jawapannya adalah pada kandungan potasium yang sangat tinggi.

Antara kebolehan kognitif yang dikatakan boleh ditingkatkan ini adalah kebolehupayaan untuk memahami serta belajar sesuatu yang baharu.

5. Membantu melegakan bekas gigitan nyamuk

Bukan sahaja buahnya yang bernutrisi malahan kulitnya juga bermanfaat terhadap kesihatan individu!

Salah satu daripada kebaikan kulit petai adalah ia dikatakan mampu melegakan bekas gigitan nyamuk yang sudah pasti akan menimbulkan rasa gatal dan sakit yang tidak menyenangkan.

Caranya, hanya ambil kulitnya lalu sapukan ia pada bahagian kulit yang terkena gigitan.

Iklan

Namun, sila hentikan perbuatan anda ini sekiranya ia mendatangkan kerengsaan pada kulit.

6. Membantu menyelesaikan masalah kegemukan

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institute of Psychology di Austria, didapati bahawa individu yang stres dengan pekerjaan akan mengambil makanan ringan seperti coklat, keropok dan kerepek lebih banyak.

Menerusi penelitian yang dibuat terhadap 5,000 orang di sebuah hospital, saintis mendapati bahawa orang yang obesiti adalah terdiri daripada golongan pekerja yang banyak menerima tekanan di tempat kerja.

Jadi, adalah dicadangkan supaya individu yang kerap stres makan makanan tinggi karbohidrat seperti petai setiap 2 jam sekali untuk membantu menyelesaikan masalah kegemukan.

Jadi, tolak tepi soal bau terlebih dahulu. Kalau berkhasiat dan baik untuk kesihatan apa salahnya anda cuba jadikan satu ruji makanan yang sihat!

Sumber- Hellodoctor.com