Acara ‘taman tema berhantu’ terpaksa ditangguh, hantu siang belum boleh keluar

A
A
A

BARU-BARU ini SinarPlus telah menyiarkan artikel berkenaan Sunway akan menukar acara tahunan Nights of Fright mereka kepada Day.Light.Fright yang bakal dibuka untuk orang ramai esok (3 Oktober 2020).

Namun, setelah seminggu membuatkan bakal pengunjung teruja, acara ‘taman tema berhantu’ tahunan tersebut terpaksa ditangguhkan.

Ini berikutan laporan kes wabak Covid-19 yang berlaku di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid beberapa hari yang lalu.

Justeru, setelah melihat respon rakyat Malaysia yang kini dalam keadaan lebih berjaga-jaga, acara Day.Light Fright ini telah ditunda ke 17 Oktober kelak sehingga 15 November.

Menurut akaun Facebook Sunway Lagoon, ia merupakan keputusan yang terpaksa diambil oleh mereka dengan hati yang berat.

“Kami tahu, keputusan ini akan mengecewakan peminat ‘fright’ dan tetamu kami. Namun, kami ingin memastikan bahawa pengalaman mereka di Sunway Lagoon adalah pengalaman terbaik dan dalam keadaan yang tidak gusar,” petik kenyataan tersebut.

Walaupun Day.Light Fright telah ditunda, taman tema itu masih beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Pihak Sunway Lagoon sentiasa memastikan kawasan mereka disanitasi sekerap mungkin. Malah, jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki taman tema itu juga dihadkan kepada 50 peratus daripada kapasiti sebenarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca