Ada sebab kenapa wanita dilarang angkat benda berat, penting untuk anda tahu!

A
A
A

SELALU dialog mak-mak selalu menyebut, “jangan angkat barang berat!” atau “jangan tolak barang berat macam tu, tolak guna belakang badan sahaja.” Selalu dengar kan, tapi korang tau tak kenapa?

Nasihat ini sememang ada betulnya, ini bagi mengelakkan peranakan jatuh yang bermaksud rahim keluar dari tempat asalnya!

Ya! Sebagai seorang wanita, korang mungkin tidak tahu jika peranakan jatuh kerana tiada sebarang tanda rahim jatuh.

Mungkin juga ada sesetengah perkara atau aktiviti yang kita lakukan di rumah yang boleh menyebabkan rahim jatuh atau peranakan jatuh peringkat awal.

Ada sebab kenapa wanita dilarang angkat benda berat, penting untuk anda tahu!Tombong, atau rahim jatuh sehingga keluar dari vagina merupakan satu keadaan yang paling ditakuti oleh wanita!

Memetik laporan laman Facebook Pakar Sakit Puan, istilah rahim jatuh atau peranakan jatuh kerap didengari, khususnya bagi wanita yang pernah bersalin. Apakah punca peranakan jatuh?

Organ peranakan wanita

Punca Peranakan jatuh atau prolapse boleh terjadi dalam pelbagai peringkat seperti :

  • Rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)
  • Rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda).
  • Rahim terkeluar daripada vagina dan permukaan, atau dikenali sebagai tombong.

Punca rahim jatuh

Keadaan ini boleh menjadi tidak selesa dan bahaya untuk wanita kerana kedudukan rahim yang berdekatan dan saling berhubung dengan organ lain seperti pundi kencing, rektum dan usus.

Jika berlaku tekanan pada rahim, ia akan menarik turun kesemua organ yang terlibat.

Apakah punca peranakan jatuh?

Otot pelvis yang lemah merupakan faktor utama yang menyebabkan rahim atau peranakan jatuh.

Keadaan ini boleh berlaku kepada semua wanita, malah kepada yang belum pernah bersalin.

Antara punca peranakan jatuh adalah:

1.Keturunan

  • Jika ibu atau kakak ada masalah rahim jatuh, korang juga berisiko untuk menjalani pembedahan membetulkan peranakan.
  • Usia Semakin tua usia, risiko lebih tinggi.
  • Penuaan Otot levator bertambah anjal seiiring usia yang meningkat.

2.Menopaus

  • Obesiti Lagi obes seseorang itu, lagi mudah untuk rahim jatuh akibat tekanan dalam perut.
  • Mengandung

3.Bersalin terlalu kerap

  • Jarak kehamilan Hamil dalam masa yang terlalu rapat
  • Bayi besar Saiz bayi yang besar semasa bersalin normal meninggikan peluang rahim jatuh.

4.Proses bersalin Jangkamasa bersalin yang terlalu panjang

5.Kaedah melahirkan anak Menggunakan kaedah vakum atau forsep

6.Ketumbuhan Cyst dan fibroid

  • Batuk yang teruk Tekanan abdomen boleh menyebabkan organ peranakan turun.
  • Sembelit teruk yang memerlukan individu kerap meneran.

7.Kerap mengangkat berat

  • Pembedahan pada bahagian pelvis, membetulkan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang
  • Jatuh terhentak Contohnya jatuh tangga, dan jatuh bahagian punggung dahulu.

8.Koyakan akibat bersalin normal, sama ada sedikit atau melalui guntingan episiotomi.

9.Tidak berpantang dengan baik selepas melahirkan anak atau keguguran.

10.Suka menolak barang menggunakan ibu jari kaki.

11.Terlalu lasak melakukan aktiviti bersukan atau aktiviti outdoor yang memerlukan pergerakan besar.

12.Merokok menyebabkan individu kerap batuk dan ini boleh menyebabkan tekanan pada abdomen.

Kesimpulannya, bebelan emak-emak yang melarang kita membuat kerja berat sebenarnya bukanlah omong kosong. Mereka lebih ‘makan garam’ dulu dari kita. Jadi, jangan melawan!

Sebagai seorang wanita, korang perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan munculnya tanda rahim jatuh atau peranakan jatuh peringkat awal.

Tidak kira sama ada anda masih lagi remaja atau telah berkahwin, ia amat penting bagi memastikan otot pelvis anda sentiasa kuat bagi menyokong uterus daripada jatuh.

Minta pertolongan suami, rakan atau ahli keluarga yang lain sekiranya korang perlu mengangkat barang-barang yang berat.

Ada sebab kenapa wanita dilarang angkat benda berat, penting untuk anda tahu!

Ingat, mengangkat barang yang berat boleh menjadi faktor risiko rahim korang jatuh pada masa hadapan.

Semoga bermanfaat.

Ada Sebab Kenapa Wanita Dilarang Angkat Berat, Ia Salah Satu Punca Peranakan Jatuh!

•••

Tombong, atau rahim jatuh...

Posted by PAKAR SAKIT PUAN on Tuesday, 3 September 2019

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca