MANUSIA durjana! Demikian antara luahan berang warga maya tentang kes seorang kanak-kanak berumur 11 tahun di Gerik, Perak yang menjadi mangsa dinoda tujuh rakan abang.

Paling mendapat perhatian ialah suspek enam beradik yang ditahan pihak polis berhubung kes itu.

Berikut kronologi kes yang berlaku di Kampung Pahat, Gerik, Perak ini:

1-Kejadian kejadian itu terbongkar apabila ibunya yang berusia 36 tahun itu diberitahu oleh suaminya bahawa mangsa telah dirogol.

2-Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat ibu mangsa sekitar jam 9.26 malam pada Isnin.

2-Kejadian itu telah disaksikan oleh adik mangsa yang berusia sembilan tahun.

Gambar hiasan (Kredit foto: doidam10 by Canva Pro)

3-Saksi melihat tujuh rakan kepada abangnya telah memperkosa mangsa di dalam bilik di rumah jiran mereka.

4-Siasatan polis mendapati kejadian berlaku pada 3 November lalu sekitar jam 2 petang.

5-Saksi memaklumkan dia telah melihat kejadian sama berlaku kepada kakaknya beberapa kali sebelum ini.

6-Tangkapan terhadap tujuh suspek berusia 13 hingga 31 tahun dibuat selepas laporan dibuat yang mana enam daripada adalah adik-beradik.

Kredit foto: doidam10 by Canva Pro

7-Kesemua suspek telah ditahan sekitar jam 1.51 pagi pada Selasa.

8-Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek didapati negatif.

9-Siasatan lanjut juga mendapati mangsa berusia 11 tahun tidak pernah bersekolah.

10-Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

PANDUAN MANGSA JENAYAH SEKSUAL

Iklan

Sekiranya anda menjadi mangsa jenayah ini, lakukan langkah seperti berikut dengan segera:

  • Jangan tunggu lebih dari 48 jam
  • Jangan mandi
  • Jangan tukar pakaian
  • Jangan makan dan minum
  • Jangan gosok gigi

Mangsa yang diperkosa perlu membuat laporan polis dalam masa 24 sehingga 48 jam tanpa membersihkan diri.

Hal ini kerana apa yang ada pada badan selepas diperkosa boleh dijadikan bahan bukti yang kuat kepada pihak polis untuk menahan suspek.

Baca juga: 10 peringatan buat ibu ayah bila ada anak perempuan! Ngerinya, 6 remaja lelaki rogol bergilir-gilir gadis 14 tahun

Baca juga: Kejamnya! ‘Cagar’ adik ipar lunas hutang, abang ipar dalang wanita diperkosa 5 lelaki, minta jangan kunci pintu

Iklan

Baca juga: Wanita mangsa keganasan jangan takut, laporan polis boleh buat di mana sahaja seluruh Malaysia

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!