Wanita mangsa keganasan jangan takut, laporan polis boleh buat di mana sahaja seluruh Malaysia

“WANITA sepatutnya disayangi bukan dibelasahi.” Itu ingatan diberikan Pegawai Turus D11 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor, DSP Norfidah Muhamad.

Isu keganasan rumah tangga merupakan global, bukan sahaja berlaku di negara kita malah masyarakat antarabangsa turut menghadapinya.

Keganasan rumah tangga ialah satu polimik atau keadaan perbuatan serta keganasan yang dilakukan oleh pelaku terhadap mangsa iaitu sama ada wanita, kanak-kanak mahupun para suami.

Menurut Norfidah, perlu diingat keganasan rumah tangga bukan sahaja berlaku kepada kaum wanita sahaja malah turut berlaku kepada ahli keluarga dalam kitaran hidup kita.

“Secara umumnya keganasan ini berlaku ada banyak cara, fizikal contohnya memukul, guna alatan untuk menyakiti mana-mana tubuh badan seseorang secara emosi membuatkan mangsa rasa takut.

“Keganasan juga berpunca daripada isu kewangan. Jika tak ada wang, suami akan memukul isteri. Banyak berlaku ketika pandemik Covid-19. Suami tak bekerja namun perlukan wang untuk berjudi, melakukan perkara tak masuk akal serta mabuk.

“Apabila pelaku dalam keadaan mabuk, timbulnya kecederaan, calar satu badan, lebam, dipukul dan ditumbuk suami,” ujarnya ketika sesi program Sinar Harian Live bertajuk ‘Suami mangsa keganasan isteri?’ sempena Seminar Memerangi Keganasan Rumah Tangga (KRT) 2023 Polis Selangor di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, hari ini.

Baca juga Takut jadi janda, punca terus didera, 1 daripada 3 wanita Malaysia mangsa keganasan rumah tangga

Ujarnya lanjut, wanita biasanya sanggup diri terseksa dek kerana perasaan sayang kepada suami.

“Sanggup dipukul, sehinggakan ada yang sanggup mencurahkan air panas kepada diri sendiri.

“Kalau badan anda dah sakit, kalau dah ada luka sana, sini tak kan nak sayang? Boleh jalan semua itu,” katanya.

Jadi, sekiranya anda mengalami situasi seperti itu, tampillah di mana-mana balai polis berdekatan untuk membuat laporan.

“Laporan polis ini boleh dibuat di mana-mana tempat seluruh negara. Kita jangan takut kita ada kehormatan diri.

Iklan

Baca juga ‘Keganasan rumah tangga perlu dihentikan. Luka penderaan ragut emosi isteri, ibu’- Jasebel Robert

“Wanita walaupun tidak bekerja (mangsa pukul), sampai bila lagi? Boleh buat report di mana-mana. Jangan takut kerana pihak polis akan bantu dan tunjuk jalan sebaiknya.

“Bila sudah buat report, kita akan hantar ke hospital untuk buat pemeriksaan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mainkan peranan kepada mangsa ini supaya tidak terdedah lagi dengan pelaku tersebut,” ujarnya.

Iklan

Pesan Norfidah juga, jadi wanita kena kuat. Kuat menghadapi apa jua masalah berlaku tentang isu penderaan. Sebaiknya ada sedikit ilmu pertahankan diri agar kita terbela.

Jadi jika ada individu sekeliling yang sedang dalam krisis keganasan rumah tangga, sarankan mereka untuk membuat laporan polis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!