Akad nikah di Kelantan kini dibenarkan dengan kehadiran 20 individu

A
A
A

BERITA baik buat bakal raja sehari! Seperti ramai sedia maklum, akibat penularan dan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara, perintah kawalan pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan semula di setiap negeri di Malaysia kecuali Sarawak.

Oleh demikian, segala majlis dan beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai kini tidak dibenarkan termasuk resepsi perkahwinan.

Namun, kerajaan Kelantan hari ini telah bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan majlis akad nikah dihadiri 20 individu ketika tempoh PKP berbanding tujuh orang sebelum ini.

Akad nikah di Kelantan kini dibenarkan dengan kehadiran 20 individuGambar hiasan. Kredit- Opi Ismail

Memetik laporan portal media tempatan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

"Kita putuskan beri kelonggaran melibatkan 20 orang iaitu 10 orang sebelah pengantin perempuan dan selebihnya pengantin lelaki.

“Bagaimanapun, kenduri perkahwinan masih tidak dibenarkan. Perkara ini, akan dimaklumkan kepada JAHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan) untuk kelulusan dalam waktu terdekat," katanya.

Selain itu, kedua-dua pihak pengantin juga perlulah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan majlis akad nikah dalam tempoh PKP dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) masing-masing.

Akad nikah di Kelantan kini dibenarkan dengan kehadiran 20 individu

Bagi surat Kebenaran Berkahwin yang telah tamat dalam tempoh PKP, ia akan dilanjutkan dua bulan bermula dari tarikh kebenaran berakhir, namun pemohon hendaklah hadir semula ke pejabat agama negeri masing-masing untuk membuat penyambungan tempoh sah Kebenaran Berkahwin.

Syarat-syarat khusus yang perlu dipatuhi

  • Pihak yang terlibat dalam akad nikah juga mestilah tidak mempunyai gejala, bukan kontak rapat kes positif Covid-19, bukan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  • Pengantin lelaki dan perempuan serta wali mereka diwajibkan menjalani ujian ‘swab test’ terlebih dahulu.
  • Keputusan ujian yang disahkan negatif hendaklah diserahkan kepada jabatan agama negeri sebagai bukti untuk membolehkan majlis akad nikah diadakan.
  • Semua pihak juga diingatkan untuk membuat pemeriksaan suhu badan di pintu masuk, mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca