GARA-GARA musim tengkujuh yang akan berlaku pada setiap tahun, beberapa kawasan sekitar pantai timur semenanjung Malaysia mula dilaporkan dinaiki air.

Antara negeri yang kini terjejas akibat banjir adalah seperti Pahang, Kelantan dan juga beberapa daerah sekitar Terengganu.

Keadaan itu juga menyebabkan ramai orang ramai terpaksa diminta untuk berpindah di kawasan yang lebih selamat supaya kejadian tidak diingini juga tidak berlaku.

Hari ini juga beberapa video turut tular di media sosial yang mana salah daripadanya menunjukkan pengguna motosikal yang cuba meredah jalan yang banjir dan dilimpahi air deras.

Malangnya penunggang motosikal itu gagal akibat terjatuh dan akhirnya motosikalnya juga turut dihanyutkan air deras serta tidak dapat untuk diselamatkan.

Iklan

Pengguna jalan raya perlu bersikap berhati-hati dan jangan mengambil risiko untuk melakukan perjalanan, sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air kerana ia sangat bahaya!

Iklan

Selain itu, banjir juga boleh mendatangkan masalah lain dan bahaya kepada orang ramai yang tetap berdegil dan tidak mengamalkan langkah keselamatan seperti :

  • Lemas.
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang.
  • Terkena renjatan elektrik.
  • Hanyut dalam arus deras.
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu.

Tindakan yang perlu diambil semasa banjir

  • Jauhi tempat dan kawasan yang dilanda banjir.
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa.
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah.
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.

Cara mengekalkan tahap kesihatan ketika banjir

  • Sentiasa minum air yang telah dimasak.
  • Makan makanan yang dimasak sahaja.
  • Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak atau ulam-ulaman.
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah.
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling.
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.
  • Guna tandas yang sempurna.
  • Buang sampah di tempat yang betul.
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor.
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.