Alhamdulilah dapat bantuan lagi, kali ini tak perlu mohon

A
A
A

SINARPLUS percaya ramai dalam kalangan kita mampu menarik sedikit nafas lega setelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumuman Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Untuk makluman, tiada golongan yang dibelakangkan oleh pihak kerajaan untuk menerima bantuan tersebut termasuklah golongan bujang.

Mereka juga akan mendapat bantuan sebanyak RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang yang disasarkan pihak kerajaan.

Selain itu, RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang.

Menariknya pula, bantuan kali ini tidak memerlukan permohonan kerana kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Artikel menarik: 2 pensyarah UiTM dakwa minyak aromaterapi jadi alternatif lindungi virus Covid-19

Alhamdulilah dapat bantuan lagi, kali ini tak perlu mohon

Namun, bagi yang tidak berjaya pada bantuan sebelum ini, kerajaan turut memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

Sementara itu, pasangan berkeluarga turut dapat menikmati bantuan ini.

Mereka akan diberikan sebanyak RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40 dan RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40.

Bayaran BPN 2.0 ini akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya pada bulan Januari 2021.

Jadi, bersyukurlah kita kerana akan mendapat bantuan untuk kedua kalinya ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca