Amaran cuaca buruk di Pahang, Terengganu, Johor dan juga Sabah, Ini apa perlu kita lakukan
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan di tiga daerah di Pahang.
Amaran tersebut melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan juga Rompin.
Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda Kemaman, Terengganu; Maran, Pahang; dan Mersing serta Kota Tinggi, Johor.
Ia turut diramal berlaku di daerah di Sabah iaitu Tawau, Sandakan, Kinabatangan dan Kudat.
Cuaca panas terik ketika pagi sebelum tiba-tiba hujan lebat sebelah petang mendatangkan pelbagai risiko penyakit kepada setiap individu.
Jadi, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan elakkan melakukan aktiviti luar dalam tempoh terdekat ini.
Seperti kita sedia maklum, klinik dan hospital mula dipenuhi pesakit saban waktu, bayi, kanak-kanak juga warga emas bersilih ganti mendapatkan rawatan.
Dalam masa sama doktor dan petugas kesihatan juga semakin sibuk mengendalikan pelbagai kes yang rata-ratanya berpunca daripada faktor cuaca tidak menentu kini.
Cuaca tidak menentu kini boleh memberi risiko pada suhu badan selain mengundang penyakit lazim seperti demam, selesema, batuk dan hipotermia.
Mungkin ada yang sudah cuba menjaga kesihatan sebaik mungkin dengan tidak terdedah dengan keadaan cuaca di luar rumah, namun tetap diserang demam atau simptom kurang sihat yang lain.
Bagi mengelak risiko masalah kesihatan, beberapa langkah drastik perlu diambil sebagai persediaan bagi menjaga kesihatan diri dan individu sekeliling.
Antaranya adalah seperti :
- Kurangkan aktiviti luar rumah terutama ketika hujan dan suhu yang sejuk.
- Memakai pakaian bersesuaian. Memang agak sukar untuk memilih pakaian kerana ketika pagi cuaca kebiasaannya panas dan berubah pada sebelah petang.
- Bayi dan kanak-kanak juga warga emas dinasihatkan supaya sentiasa memakai pakaian bersesuaian dalam keadaan cuaca kini terutama malam.
- Pengambilan air 2.5 liter sehari sangat penting tanpa mengira cuaca dan masa.
- Dinasihatkan supaya mengambil air panas atau suam bagi mengekalkan suhu badan.
- Bagi mengekalkan kesihatan ketika keadaan cuaca tidak menentu, kita juga boleh melakukan beberapa senaman walaupun sekadar senaman ringan.
Sementara itu, melakukan senaman juga sangat penting bagi memastikan aliran darah berjalan lancar, sekali gus mengekalkan tahap kesihatan terbaik.
Jangan sesekali ambil mudah sekiranya badan sudah menunjukkan tanda tidak sihat.
Langkah terbaik segera bertemu doktor terutama kepada individu yang mula mengalami simptom bahaya lain seperti menggigil atau sesak nafas.
Jadi, jaga kesihatan semua. Semoga bermanfaat!
#hujanlebatmetmalaysia#metmalaysiapic.twitter.com/Xb8E4TBUWg
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 25, 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang