Anak lambat bercakap, doktor ini kongsi apa ibu bapa perlu buat

A
A
A

ANAK anugerah Allah yang sangat bernilai. Menyaksikan pembesaran mereka setiap hari pastinya sesuatu yang mengujakan semua yang bergelar ibu dan bapa.

Namun jika anak itu tidak melalui fasa perkembangan yang sempurna pasti membuatkan ibu bapa tidak senang duduk.

Seperti yang dikongsi oleh doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal ini tentang tindakan yang perlu diambil ibu bapa jika anak lambat bercakap.

Menurutnya, jika anak tidak bercakap pada usia 18 bulan, tak faham arahan mudah serta hanya menunjuk guna jari telunjuk untuk minta sesuatu, ibu bapa perlulah banyakkan bercakap dengan anak kita walaupun dia masih kecil.

Anak lambat bercakap, doktor ini kongsi apa ibu bapa perlu buat

Katanya, lagi banyak perkataan yang digunakan oleh mak ayah ketika bercakap pada bayi berusia lapan bulan, lagi besarlah jumlah perkataan tersimpan dalam memori anak.

Dr Redza turut mengatakan apabila anak tidak bertutur apa-apa perkataan pada usia 18 bulan adalah berada dalam 'Red Flag'.

"Anak-anak yang mengalami lambat bercakap atau tak boleh bertutur langsung termasuk petanda awal autism iaitu gangguan pertumbuhan tumbesaran yang

memberi kesan pada pemikiran kanak-kanak dan kebolehan memproses informasi.

"Selain itu, kanak-kanak yang kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain juga tergolong dalam petanda awal autism.

"Autism juga empat kali ganda lebih banyak berlaku pada kanak-kanak lelaki," katanya.

Menurut Dr Redza, terdapat ujian untuk mengesahkan seseorang kanak-kanak itu autism atau tidak.

Ini perkara yang boleh dilakukan ibu bapa;

1. Rujuk anak ke klinik kanak-kanak melalui klinik kesihatan terdekat.

2. Di sesetengah hospital, di bawah Jabatan Pediatrik, mereka wujudkan Developmental Clinic atau Klinik Perkembangan Khas.

3. Saringan M-chat digunakan sebagai satu cara untuk menyaring kanak-kanak yang ada autism.

4. Jika gagal dalam saringan M-chat, kanak-kanak itu akan perlu melalui ujian seterusnya dipanggil DSM-5 for Autism Spectrum Disorder.

Baca juga Barli mutiara satu lagi alternatif mudah untuk diet dan nampak cantik

Jadi, ibu bapa bawalah anak-anak untuk mendapatkan bantuan di klinik kesihatan terdekat ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca