Anak lambat bercakap, doktor ini kongsi apa ibu bapa perlu buat

ANAK anugerah Allah yang sangat bernilai. Menyaksikan pembesaran mereka setiap hari pastinya sesuatu yang mengujakan semua yang bergelar ibu dan bapa.

Namun jika anak itu tidak melalui fasa perkembangan yang sempurna pasti membuatkan ibu bapa tidak senang duduk.

Seperti yang dikongsi oleh doktor Pediatrik, Dr Redza Zainal ini tentang tindakan yang perlu diambil ibu bapa jika anak lambat bercakap.

Menurutnya, jika anak tidak bercakap pada usia 18 bulan, tak faham arahan mudah serta hanya menunjuk guna jari telunjuk untuk minta sesuatu, ibu bapa perlulah banyakkan bercakap dengan anak kita walaupun dia masih kecil.

Iklan
Iklan

Katanya, lagi banyak perkataan yang digunakan oleh mak ayah ketika bercakap pada bayi berusia lapan bulan, lagi besarlah jumlah perkataan tersimpan dalam memori anak.

Dr Redza turut mengatakan apabila anak tidak bertutur apa-apa perkataan pada usia 18 bulan adalah berada dalam ‘Red Flag’.

“Anak-anak yang mengalami lambat bercakap atau tak boleh bertutur langsung termasuk petanda awal autism iaitu gangguan pertumbuhan tumbesaran yang
memberi kesan pada pemikiran kanak-kanak dan kebolehan memproses informasi.

“Selain itu, kanak-kanak yang kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain juga tergolong dalam petanda awal autism.

“Autism juga empat kali ganda lebih banyak berlaku pada kanak-kanak lelaki,” katanya.

Menurut Dr Redza, terdapat ujian untuk mengesahkan seseorang kanak-kanak itu autism atau tidak.

Ini perkara yang boleh dilakukan ibu bapa;

1. Rujuk anak ke klinik kanak-kanak melalui klinik kesihatan terdekat.

2. Di sesetengah hospital, di bawah Jabatan Pediatrik, mereka wujudkan Developmental Clinic atau Klinik Perkembangan Khas.

3. Saringan M-chat digunakan sebagai satu cara untuk menyaring kanak-kanak yang ada autism.

4. Jika gagal dalam saringan M-chat, kanak-kanak itu akan perlu melalui ujian seterusnya dipanggil DSM-5 for Autism Spectrum Disorder.

Baca juga Barli mutiara satu lagi alternatif mudah untuk diet dan nampak cantik

Jadi, ibu bapa bawalah anak-anak untuk mendapatkan bantuan di klinik kesihatan terdekat ya.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Tahniah! Syafiqa Melvin hamil 4 bulan, warga maya puji seri ibu mengandung

SIAPA yang tidak kenal dengan empat orang adik-beradik daripada 'utagha' (Utara) iaitu bekas pengacara Siti…

2 hours ago

Nak cantik cepat, lain pula yang dapat. Rawatan muka drakula punca 4 wanita ini dijangkiti virus HIV

SUDAH banyak rawatan muka di dunia ini yang terbukti berkesan untuk menjadikan wanita kekal cantik…

5 hours ago

Ustaz Don Daniyal meriahkan majlis KinderHive Riang Raya dan Soft Launch 2024, sasar 50 pembukaan outlet di seluruh tanah air

KinderHive baru-baru ini mengadakan majlis “KinderHive Riang Raya & Soft Launch 2024” bagi pusat didikan…

6 hours ago

40 hari bermotosikal sejauh 14,769km ke Madinah, Tanabalan buktikan beza agama bukan halangan. ‘Terima kasih yang membantu’

LELAKI bukan Islam, P Tanabalan menjadi inspirasi ramai rakyat Malaysia selepas berjaya sampai ke destinasi dituju…

6 hours ago

‘Ya, saya memang anak mak.’ Zaki Yamani selesa diuruskan ibu, enggan dibayangi ayah sendiri

ZAKI Yamani, anak muda tinggi lampai dan berkulit putih melemparkan senyuman manis buat penulis yang…

6 hours ago

Muntahkan emas, gunung Erebus mengundang perhatian saintis

    MENAKJUBKAN. Gunung berapi biasanya memuntahkan lahar api panas, tetapi yang ini seolah-olah hujan…

8 hours ago