Anak lelaki bermata biru curi tumpuan, ibu cerita hal sebenar keunikan

A
A
A

ANAK lelaki mempunyai sepasang mata berwarna biru, sangat luar biasa dan menarik perhatian.

Begitu keunikan yang dimiliki seorang anak Orang Asli di Tapah, Perak yang sering mendapat perhatian daripada warga sekolahnya yang terpesona dengan kecantikan matanya dan selalu diajak bergambar.

Rafizal Baharom, 11, mencuri tumpuan apabila memiliki sepasang mata berwarna biru yang dikurniakan sejak lahir.

Dia yang juga anak bongsu daripada dua beradik daripada suku kaum Semai itu yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu.

Menurut laporan media tempatan, berikut fakta tentang dirinya yang diceritakan ibu, Roshayati Bahmiri, 36 tahun;

1. Abang dan anak sulungnya Rafizi, 14, juga memiliki warna biru namun pada sebelah mata sahaja dan menolak tanggapan orang ramai bahawa anugerah itu diperoleh hasil perkahwinan campur atau mempunyai keturunan yang bermata biru.

2. Ramai yang bertanya adakah saya berkahwin dengan 'mat saleh' dan pelik dengan kurniaan mata seperti ini.

Baca juga Di mana Zalina Azman? 6 info menarik bekas pembaca berita wanita yang hilang

Anak lelaki bermata biru curi tumpuan, ibu cerita hal sebenar keunikan

3. Namun hanya satu jawapan olehnya, itu adalah anugerah daripada ALLAH untuk mereka sekeluarga.

4. Rafizal mula belajar bahasa isyarat ketika berusia sembilan tahun dan kini menetap di asrama Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Chemor di Ipoh.

5. Walaupun terpaksa berjauhan, usaha tersebut penting demi membaiki kekurangan Rafizal dari segi pertuturan dan pendengaran sekali gus dapat menguasai bahasa isyarat agar mudah untuk berkomunikasi.

6. Rafizal seorang anak yang aktif bermain dan melakukan hobi pada masa lapang dengan memancing di kawasan rumah bersama ayahnya, Baharom Bangal, 35, yang bertugas sebagai pembantu awam di pejabat Tanah dan Galian, Tanah Rata.

7. Rafizal mendapat Bantuan Kanak-Kanak (BKK) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan bagi meringankan bebannya untuk perbelanjaan berkaitan sekolah.

Baca juga Mata biru unik, 6 beranak di Baling jadi tumpuan, ini cerita benar

8. Sementara itu, guru kelasnya A Tain Moli berkata Rafizal merupakan seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah bidang sukan dan baru-baru ini beliau menyertai acara lontar peluru untuk Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD).

9. Walaupun mempunyai kekurangan untuk bercakap dan mendengar, Rafizal mahir menggunakan bahasa isyarat yang dipelajarinya. Guru turut kagum dengan kesungguhannya.

Kisah mata biru Rafizal sebelum ini turut mendapat tumpuan menerusi hantaran Facebook milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang rata-rata warga maya memuji keistimewaan dan kelebihan dimiliki kanak-kanak comel tersebut.

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca